muka

Hai momy2 semua. Ada x mcm sya pregnant 12week tapi muka smua naik jerawat teruk ?

53 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera saya ucapkan. Saya memahami kebimbangan puan tentang masalah jerawat yang teruk dimuka ketika kehamilan. Namun begitu, ingin saya jelaskan bahawa masalah kulit muka seperti jerawat ketika hamil ini adalah perkara yang normal berlaku kepada kebanyakan wanita hamil. Masalah ini biasanya timbul disebabkan oleh paras hormon estrogen yang tinggi ketika hamil. Biasanya masalah ini akan hilang selepas bersalin, namun jika anda mengalami masalah jerawat yang terlalu teruk ketika kehamilan, jangan ambil sebarang ubat jerawat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada doktor kerana kebanyakan ubat jerawat bersifat tetarogenik (membahayakan janin). Sebaiknya, rujuk kepada doktor untuk nasihat dan rawatan yang sesuai.

Baca lagi