Mohon pencerahan mengenai CZER

Hai mommy semua, saya baru habis pantang. Saya beranak secara emergency Czer kerana air ketuban dah pecah dan banyak keluar tapi pembukaan baru 2cm dari pukul 8am-6pm. So doktor decide untuk czer sbb tkut baby lemas. Masalahnya skg ini salah ke czer? Hina sangat ke? Sebab Mentua saya asyik2 blame saya czer. Sebab saya beranak swasta. Jadi mahal sikit bayaran cuma duit yg kmi byr tu. Duit saya dan husband kumpul dari dulu. Kami langsung tk mnta duit dia. Saya sangat terasa aty sebab mentua asyik2 ckp psal czer saya tu. Sekarang pula saya ada masalah dengan air susu badan tk berapa banyak. Saya bekerja dan stress hadap perangai orang sekeliling saya yang blame saya.😖😿 lepastu saya dan suami decide nak ambil vaksin anak di hospital tempat dia lahir. Tapi orang sekeliling pula sibuk nk suru ke KK masalahnya saya bekerja tidak sanggup tunggu dari pagi ke petang. Tpi kenapa orang sekeliling asyik blame saya saja. Padahal yang menjaga anak sya ialah saya, mak saya, dan suami. Dan sekarang saya da ambil pembantu. Tu pun saya di persalahkan oleh keluarga belah suami.🥲 padahal saya bekerja dan memang memerlukan pembantu untuk jaga anak saya sbb sya WFH. Jdi sya boleh pantau anak dan pembantu saya. Dan semua cost pembayaran pembantu dan barang baby ke dan hospital saya dan suami sama2 bayar. Tiada minta duit orang. Kalau korang dlm keadaan saya ni apa Korang buat? Sya buntu kadang dan stress. Dan saya juga kena postpartum Depression masa pantang 😢 terlalu stress dengan mulut orang yang tak pandai tu. #firstbaby #ingintahu #pleasehelp #bantusharing

41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

tak salah atau berdosa pun kalau bersalin czer. yang penting sihat selamat keduanya ibu & anak. bab nak vaksin, tu anak awak & suami so tak payah nak pening kepala ikut cakap orang. pergi ja kat mana yang awak & suami selesa. bukan anak dorang yang nak sibuk sangat tu. bukan dorang yang tanggung bayaran ke apa pun. abaikan ja. fokus pada diri, suami & anak sudah. kalau dilayankan kata kata orang buat kita stress ja. orang ni dia nak perli, nak cakap itu ini sesedap rasa ja. apa nak risaukan awak & suami tak bergantung pada duit dorang pun untuk urusan lahirkan baby apa semua tu kan. apa dorang cakap balas je dengan senyum & buat tak tau takyah fikir. buat kusut kepala. enjoy ja jaga kesihatan & keluarga serta si manja tu.

Baca lagi