Baby 42 hari , menangis lama kalau nak tidur

Hai mommies, normal ka baby saya tiap kali nak tidur ja mesti menangis lama sampai sejam dua jam? Menangis pulak kuat ,kadang² nangis sampai tiada suara. Tiap kali dia nangis lama macam tu,saya cuba dukung dengan pelbagai gaya untuk bagi dia berhenti nangis tapi susah nak jadi. Bila saya dukung dia ,susah dia nak berhenti nangis tapi kalau mak saya dukung dia pujuk pujuk dia lama-lama dia stop nangis. Kadang-kadang rasa macam saya gagal jadi seorang ibu sebab tak pandai nak tenangkan anak saya yang menangis lama camtu

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!