Kehamilan 👶🏻

Hai mommies, nak tanya, siapa ada pengalaman tengah pregnant tapi anak yg sebelum tu masih fully bf , umur dalam setahun lebih. Bila pregnant, masih teruskan fully bf atau stop slow²? Atau ada yg teruskan? Dan ada tips ke utk susu tu bertambah? Sbb mcm sy susu drop tiba² dan masa tu baru tahu pregnant. Dah cuba buat mcm² tapi mcm tu je. Kalau tak pregnant mmg susu meriah je.#seriusnaktahu ##ingintahu ##pleasehelp

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ni sy ambik penerangan dr fb doctor imelda balchin pakar o&g Ramai ibu hamil tanya soalan di media sosial bolehkah menyusukan anak semasa hamil? Jawapan saya: Sudahkah anda jumpa doktor anda di klinik kehamilan untuk pemeriksaan kehamilan dan penilaian kesihatan anda dan kesihatan janin di dalam kandungan? Jika belum, pi jumpa doktor di klinik dan tanya. Jawapannya bergantung kepada kesihatan anda, apakah penilaian kesihatan anda dan adakah anda ibu hamil yang berisiko tinggi. Doktor di media sosial tak boleh bagi consultancy tanpa berjumpa dengan anda dan menilai kesihatan anda. Penyusuan tidak menyebabkan keguguran tetapi apa yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi ialah ANDA TIDAK MENJARAKKAN KEHAMILAN tidak kiralah anda masih menyusu atau tidak. Walaupun anda tak menyusukan bayi, risiko kehamilan adalah lebih tinggi jika anda tidak menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 18 bulan jika dibandingkan dengan ibu hamil yang walaupun masih menyusukan anak tetapi sudah menjarakkan kehamilan melebihi 18 bulan. Risiko kehamilan lebih tinggi jika anda terhamil semasa 6 bulan pertama selepas bersalin di mana anda masih lagi menyusukan bayi secara eksklusif dan bayi belum lagi boleh mula makanan pelengkap. Jarak kehamilan yang terlalu dekat boleh menyebabkan janin di dalam kandungan tidak membesar seperti sepatutnya (bukan sebab rahim mengecut tetapi sebab janin yang berhenti membesar), masalah kelahiran pramatang, maka kehamilan ini mesti dipantau dengan lebih rapi. Jangan tanya kenapa ada doktor kata boleh terus menyusukan anak semasa hamil dan ada doktor yang suruh ibu lain berhenti menyusukan anak semasa hamil. Setiap pesakit adalah individu berlainan dan doktor pakar sudah ada latihan untuk mengenalpasti risiko yang berlainan untuk setiap individu. Makcik bawang dan penjual produk suka pukul sama rata sebab mereka tak pernah belajar menilai kesihatan individu dan bukan ahli dalam bidang, sebab itulah jika anda hargai kesihatan anda maka anda jangan tanya pendapat di media sosial. Ada ibu yang tak cukup nutrisi dan ada masalah kekurangan darah sebab baru saja bersalin beberapa bulan sudah hamil semula. Ada ibu yang masih dalam pemulihan pembedahan Caesar dan tak patut hamil terlalu cepat selepas bersalin. Ada ibu hamil yang kekurangan vitamin D dan perlu rawatan. Ada ibu hamil yang muntah-muntah dan ada dehydrasi sebab muntah-muntah maka tak boleh meneruskan penyusuan anak. Ada ibu yang loya tak lalu makan semasa hamil sehingga berat badan turun mendadak dan tidak cukup nutrisi. Ada ibu hamil yang janin di dalam kandungan ada masalah pembesaran. Ada ibu hamil yang menyusukan anak sambil-sambilan saja sebab anak sudah besar dan sudah dapat zat secukupnya dari makanan lain tetapi ada ibu hamil yang masih menyusukan anak secara eksklusif dan belum beri anak mula makan. Ada ibu yang memang ada penyakit lain yang belum sembuh maka penyusuan anak semasa hamil lebih membebankan kesihatan ibu yang memang tidak sihat. Semua faktor perlu dipertimbangkan. Di media sosial saya hanya boleh menyampaikan nasihat kesihatan secara am dan tak boleh beri nasihat secara individu untuk anda. Hargailah kesihatan anda dan jangan minta pendapat tentang masalah kesihatan individu anda di media sosial. Jangan abaikan kesihatan anda. Pi jumpa doktor di klinik. #apaapapunjumpadoktornaaaaa

Baca lagi
5mo ago

sama2 awak😊

selagi awak larat untuk bf anak pertama tu, teruskan je. mmg susu akan drop sikit bila anak dah setahun. tp susu yg kita bg tu mmg akan ikut umur anak time tu. kalau dah setahun tu, lebihkan real food, snacking & susu fullcream. try bf masa dia nak tidur je. contoh kalau sehari dia tido 4-5 sehari termasuk nap. bg time tu je & limitkn smpai dia mamai je. selebihnya dodoi or tepuk2 je

Baca lagi
5mo ago

Okey sis, thank you ❤️ senang hati dgr mcm ni

Sis macam sy..memang susu tu auto drop dari meriah terus xda langsung..xda rzki nk susukan bby lama..since tahu pregnant bby baru 8m..tp mmg struggle ajr btol..susu 3 4jnis tukar...lma² dia mnum btol jgk tpi stil nak susu kita..walaupom xde dh😅😅 rzki msg² ade org still ade..ade owg xde bila pregnant..bolehlar refer doc nurse tuk lbh info..stiap kita xsme..

Baca lagi
5mo ago

tu la sy masih ada cuma makin drop je.. huhu tapi cuba nak bagi walaupun sikit.. nanti yg kedua lahir ada la susu balik huhu.. nanti sy jumpa doktor next week. thank you sis utk pandangan ❤️

mcm sy masa tahu pregnant mmg susu drop teruk. masa tu 1st baby setahun 2bulan. sy minta advise doctor and LC. mmg dorang sarankan utk sy wean off. sbb masa 1st baby sy epmom awak perlu dpt kan advise doctor sebab setiap kita condition tak sama dear. doctor yg boleh tentukan awak boleh proceed directfeed atau tak.

Baca lagi
5mo ago

sama2 awak. semoga urusan awak dipermudahkan😊.

saya sis . Sblm buat buku pink , saya mmg teruskan je bf anak .. Tapi lepas buat buku pink & atas nasihat doktor saya terpaksa stopkan bf sbb saya prlu makan ubat & risau akan menganggau pertumbuhan janin .. Apa2 pn nnti masa jumpa doktor , ckp dgn doktor yg anak awk masih bf ..

5mo ago

in shaa Allah, next week ada checkup kt kk. selalu first ni akan jumpa doktor, mmg nk tnya juga psl ni. buat masa ni mmg sy bagi je, cuma dh campur juga la susu full cream. nasib la dia dah setahun, setahun fully bf lega juga. hopefully takde masalah pape nanti. thank you sis bagi pendapat ❤️

Saya dapat tau pregnant masa anak 7mons. Saya teruskan direct feed sampai bersalin & sampai anak genap 2 tahun baru wean off. Tapi ni pun lepas consult dengan dr yang merawat. Sebab saya takda masalah kesihatan yang lain.

5mo ago

Semoga dipermudahkan mommy! ❤️

VIP Member

kalau bf ank awk xde rasa sakit dan xde efek pd kandungan boleh je....mcm sy bf ank smpai bersalin...tgh sakit contraction pon dok bf ank lg smntara tggu bapak dia siap..kena minta nasihat doc

5mo ago

wahhh alhamdulillah rezeki. so far ok setakat ni, cuma rasa penat sikit je lah plus bekerja ni. kalau duk rmh ok tak risau stok susu ke apa sbb boleh direct je kan. hopefully dpt bagi sampai bersalin la. thank you bagi pandangan ❤️

Sy pregnant 34minggu kolostrum sudah keluar makin anak Sy yg 3tahun bf.Dr ada ckp sruh bhnti tkut Ibu penat tpi klau ank Sy x bf breast rsa sakit tkut pulak bengkak

5mo ago

sy ada rasa penat sikit la tapi sbb rasa masih boleh, sy bagi cuma tu la mmg drop sgt², sy tak push sgtlah. cuma malam mmg bagi direct kt dia. at least dpt juga susu badan walaupun tak mcm sebelum ni. maybe nanti weeks dah ke atas susu boleh jadi byk ke kan sbb time tu ibu hamil pun tgh proses penghasilan susu kan.

kalau sy dlu doc saran stop..sbb sejarah ank lhir xckp bulan..lpstu tiap kali ank menyusu..perut jd cramp sakit..sampai tak tahan sakit...apa2 pon refer doc sis..

5mo ago

thank you sis bagi pandangan.. ❤️

sy disarankan wean off. sbb ats faktor sy jd senggugut dan ngilu kt bekas czer. and susu mula drop. tapi semua perlu dptkn advise dktr dlu.