Clear Blue Positif, Upt strip shoppe negatif

Hai mommies, nak bertanya, sy cek upt 17/8(DPO 15) Upt Dip&Tell & Upt Cassete Disclosure n Clear Blue pun positif (1-2), tapi harini 19/8 try upt strip shoppe dapat negatif, knp ya? Sy betul pregnant @ tak? Konfius☹️

Clear Blue Positif, Upt strip shoppe negatif
21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi
4mo ago

suke la bace fakta mcm ni..tp tula xde fb pulak. nmpknye kene bukak fb la utk tambah pengetahuan mcm ni.aihhhh

UPT Dipp&Tell dan Digital CB lah paling accurate. sebab tinggi sensitivity berbanding UPT yg lain. UPT ni boleh detect seawal 7 hari sebelom awak delay period lg. kalau period awak jenis yg teratur. digital CB 1-2w bersamaan usia kandungan awak 3-4w. saya tak suggest utk awak check sekarang dkt klinik luar. kerana boleh buat awak panik dan overthinking bila doctor inform belom nampak pape. nak nampak kantung dlm rahim boleh scan masa usia kandungan awak 6-7w. nak nampak baby dan heartbeat klip2 boleh scan masa usia kandungan awak 8-9w dan keatas. selagi awak tak mengalami apa2 spotting/bleeding kandungan awak dlm keadaan baik2 sahaja. if ada berlaku spotting/bleeding please terus ke klinik or hospital xperlu tanya dlm socmed. if previous mmg ada makan asid folid just continue makan. if belom pernah makan, minta husband pergi beli dkt farmasi dn start consume asid folid sehingga awak bukak buku pink. if nak bukak buku pink. call KK/KD berdekataan awak tanya procedure. sama ada perlu buat appointment ataupon boleh walkin terus. majoriti KK/KD akan minta kita dtg bila usia kandungan kita 12w. tapi ada je yg awal dlm 10w mcm tu.

Baca lagi
8mo ago

2-3w bersamaan usia kandungan awak 4-5w. sama juga mcm owner post ni. if awak nk scan skrg mmg sy tak suggest. risau awak panik or overthinking. doctor selalu nya akan minta awak dtg scan semula dlm 2mggu kemudian😊. sama2 awak. enjoy your new journey😘

sy mcmni juga sis..harap kandungan sis baik2 je. pengalaman sy, delay period sehari sy cek cb ni keluar result 1-2. masa tu bgtau suami happy sgt..ttc kan. esok tu sy guna strip biasa tu samar2 sgt..ikutkan if period regular ptut terang dah.tp nak sedapkan hati sebb kandungan masih baru. esok tu lagi sy test lagi,dh hampir negatif plak.sy pun ajak suami pergi klinik scan..samada btul sy pregnant atau tak..konfius. so cek dinding rahim dah menebal.n doc kata klu dh test cb inshaAllah tepat awk pregnant,sruh dtg lg 2w. selang 2hari tu sy bleedg n period🥲 chemical pregnancy mybe

Baca lagi

upt strip shopee ni bnyk je yg x tepat, awk nak percaya clearblue atau upt strip shopee tu ? Jika awk x mengalami pendarahan selepas awk cek upt clearblue pada 17/8 tu jgn risau mksudnya awk masih pregnant tp masih awl sgt sbb d sna awk dpt preg 1-2 (maksudnya kandungan awk baru dalam 3-4minggu). Xperlu cek upt banyak kali, dpt result pregnant dri clearblue tu dah ckup membuktikan awk pregnant sbb cblue digital ni jrg bagi false positive.

Baca lagi

Masa saya buat scan nak confirm pregnent ke tak, doc ada tanya dah buat test upt ke belum. Saya buat upt guna brand apa tak ingat tapi beli farmasi la. Naik samar2. Guna clearblue positif pregnant 3 - 4 weeks mcm tu. Inform doc, doc kata kalau dah check guna clearblue mmng confirm. Cume apa2 pon akan scan jugak.

Baca lagi

Nnti try g klinik check sis..walaupon nmpk kantung je..doc dh boleh tahu pregnant ke x..upt shopee ni kdang rosak..dh 2 upt positif..inshaallah ada tu..shopee tu murah punya xleh caya..atau nnti tgu bape hri lg check semula..guna brand lain plk..brand guardian ke, closer ke

maybe sbb baru lagi .. dan lagipun upt shopee tu kdg2 tak brapa betul .. saya dulu pun mcm tu .. try upt shopee yg brapa sen tu saya beli pstu negatif jee .. last2 beli clear blue pregnant 2-3 weeks ..

yg pink tu sy nampak double lines. clearblue plk kata preg 1-2w, kandungan baru lagi hcg level masih rendah lg tu. jaga kesihatan ya... makan sihat2.. makan acid folic everyday same time

clearblue 1-2, pink tu pulak samar, maybe sbb puan awal lg hormon hcg puan tak cukup utk strip tu detect kot.. makan sihat2 tau mkn jgk folic acid hari² masa yg sama

8mo ago

maybe nti 2 3 minggu lg puan test pakai strip syope tu detect pekat dah line

Sya dulu cek pakai yg biasa tak clear line..samar2.. lepas dua minggu tak puas ati sya beli clear blue.clear blue jrg tipu sis.. memang positif..