Spotting dah lebih seminggu
Hai ibu2. Saya skrg preggy 6w2d. Tapi dah seminggu lebih spotting light coklat, dark coklat. Masa 5w mcm tu, ada sekali keluar fresh blood tp mcm tompok je. Masa 1st pregnancy takde spotting2 kerap mcm ni. Walaupun on off tp setiap hari mesti ada. Tak sakit pun perut cuma kadang2 ngilu je. Saya agak risau ni. Tp normal ke eh? Ada tak ibu2 yg pernah spotting lama? Baby okay?


Sy pernah kene macamni anak pertama. Mula2 keluar fresh blood , darah warna pink betul tu. Besoknya keluar spotting coklat ni pulak sama dalam gambar sis macamtula warna nya. Masatu sy taktahu sy pregnant. Spotting coklat tu masih ada berlarutan hingga seminggu. Tak silap sy waktu tu sy positive covid. Habis covid , sy g kk , doctor check baby dah ada dalam kantung dan heartbeat 8minggu. Mungkin fresh blood dan spotting yg sy alami tu adalah penempelan. Lepas doktor sahkan sy mengandung 8minggu, spotting ada balik semula. , sy g klinik private pula scan baby ok, doctor bagi ubat duphaston (kuatkan rahim) tapi sy tak makan. Sy balik rumah, sy berehat betul2, sy jenis lasak sikit. Tiap kali sy rasa letih spotting coklat tu ada d pantyliner… alhamdulillah anak masuk 1 tahun skrg… Sis better g klinik la ya, kandungan setiap orang tidak sama. Dapatkan penjelasan doktor. Moga baik2 sahaja semuanya
Baca lagi