Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pendidikan Anak di rumah atau sekolah memandangkan sekolah di tutup. Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan situasi sekarang boleh gunakan oleh anda untuk mendidik anak di rumah. Cekgu Norazimah akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Harus diigatkan, Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada Hari Ahad, 22 Mac 2020 pada pukul 3 petang.

Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum cikgu. Saya ada pertanyaan. Adakah patut sorg guru menghukum dengan mengetuk kepala anak murid berusia 7thn menggunakan buku latihan sekolah atas sebab mendenda. Cuma nak dgr pendapat dari cikgu. Terima kasih.

6y ago

Wasalam, saya percaya ramai maklum hukuman denda dalam bentuk fizikal & emosi memang tak boleh dilakukan sekarang ini. Hukuman rotan pula cuma boleh dilakukan oleh pengetua/guru besar & cikgu displin sahaja. Walau bagaimanapun, kebanyakan cikgu menghukum pelajar adalah atas dasar SAYANG & mahukan yang terbaik untuk pelajar tersebut. Tapi saya tidak nafikan, cikgu juga manusia biasa & tidak lepas dari melakukan kesilapan. Elok lah jika Puan berjumpa sendiri dengan guru tersebut & berbincang kaedah terbaik menghukum pelajar.