Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pendidikan Anak di rumah atau sekolah memandangkan sekolah di tutup. Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan situasi sekarang boleh gunakan oleh anda untuk mendidik anak di rumah. Cekgu Norazimah akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Harus diigatkan, Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada Hari Ahad, 22 Mac 2020 pada pukul 3 petang.
As'salam cikgu n selamat petang. Saya nak tanya.. Umur berapakah yang sesuai untuk mula hantar anak ke sekolah? Contoh macam playschool tu. T.kasih 😊
tak thu lh soalan ni out of topic atau x, sy nak tnya tips/permainan yg boleh buatkan kanak2 1 tahun focus?
Fokus anak bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Macam anak lelaki 1 tahun boleh fokus bermain game di hp berjam2 tetapi bukan untuk anak perempuan. Pengalaman saya, anak perempuan suka permainan yang statik & boleh fokus pada masa yang panjang seperti mewarna, bermain masak2 & toys. Oh ya, anak perempuan saya pun suka menconteng dinding 😂
Salam.. saya nak tanya apakah kebaikan probiotik untuk baby berumur 6 bulan dan ke atas
Wasalam, maaf puan, saya cuma cikgu Sains Komputer. Terms perubatan ni bukan bidang saya 😅
Boleh kongsikan cara mengajar anak yang berusia 0-3 bulan? 😊
Puan boleh refer artikel ini https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/bermain-dengan-bayi-0-3-bulan/amp. Semoga bermanfaat.
Salam cekgu anak saya umur 5bulan sengah.. Boleh ke bg dia makam sikit2
Wasalam, saya tak galakkan sebab pakar perubatan sendiri mencadangkan umur terbaik untuk makanan pejal adalah 6 bulan.
Tips untuk mendidik anak supaya dengar ckp ibubapa please ?
Pengalaman saya sendiri mendidik 2 anak yang berumur 8 tahun & 4 tahun, agak mencabar 😅 Saya masih percaya teknik pukul & cubit masih relevan. Cuma ibubapa perlu terangkan kepada anak kenapa dia dipukul, kenapa dia dicubit. Terangkan supaya anak tahu apa salahnya. Jangan memukul anak untuk melepaskan geram, tetapi pukul lah anak untuk mengajar. Nabi Muhammad SAW sendiri mengarahkan untuk memukul anak di tapak kakinya jika tidak mahu menunaikan solat.
Cara nk bg anak cepat fokus. Ada tips x
Puan boleh refer artikel ini https://my.theasianparent.com/meningkatkan-fokus-anak/amp Semoga bermanfaat 😉
Ank austisme mcm mna nk mrancg masa ye
Terima kasih
Blogger terkenal ni . ❤️
Hahaha.. sendu je ni 😂
Mommy to be