Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pendidikan Anak di rumah atau sekolah memandangkan sekolah di tutup. Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan situasi sekarang boleh gunakan oleh anda untuk mendidik anak di rumah. Cekgu Norazimah akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Harus diigatkan, Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada Hari Ahad, 22 Mac 2020 pada pukul 3 petang.

Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam cikgu... saya mempunyai 8 org anak... berbeza2 umur... tahun ni ade yg UPSR, UPKK, darjah 4, darjah 3, 6tahun, 5tahun, 4tahun dan 8 bulan... saya terlalu focus on anak yg UPSR n UPKK... sedang ank yg tadika n darjah 3 & 4 pon ade juga homework dan bahan bacaan yg mereka perlu baca yg memerlukan saya bersama... bagaimana saya nak membahagikan masa utk keperluan setiap anak...? sbb anak saya yg akan menduduki UPSR & UPKK ni, ade masalah slow learner... just utk pengetahuan, suami saya bekerja dalam bidang penghantaran makanan,jadi die xde cuti.. terima kasih

Baca lagi
6y ago

Wasalam, tahniah Puan kerana bukan mudah untuk mempunyai anak yang ramai. Lagi2 untuk membahagikan masa untuk semua anak. Saya cadangkan, abang atau kakak darjah 4 & 3 boleh lah mengajar adik-adik 6 tahun ke bawah. Puan boleh pantau aktiviti mereka. Lebih kepada main 'cikgu2'. Disini, Puan boleh fokus kepada anak yang akan menduduki UPSR & UPKK.