Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pendidikan Anak di rumah atau sekolah memandangkan sekolah di tutup. Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan situasi sekarang boleh gunakan oleh anda untuk mendidik anak di rumah. Cekgu Norazimah akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Harus diigatkan, Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada Hari Ahad, 22 Mac 2020 pada pukul 3 petang.

Tanya Pakar Bersama Cekgu Norazimah
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya nak tanya kalau anak umur 1 tahun 5 bulan mula pandai guna kekerasan bila marah , bagaimana cara untuk menghalangnya ? perlu marah atau tidak ?

6y ago

Perlu marah TAPI terangkan kenapa anak di marah, kenapa anak tersebut dipukul dengan bahasa yang ringkas. Kesilapan kita sebagai ibubapa adalah marah anak tanpa terangkan apa kesilapan dia. Anak perlu tahu apa kesilapan dia untuk dia belajar. Walaupun anak masih setahun, saya percaya mendidik anak dari kecil akan memudahkan ibubapa itu sendiri pada masa hadapan.