Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor.. saya skrg dalam pantang hari ke 18.. pada hari ke3 selepas bersalin anak saya disahkan ada kuning.. bacaan permulaan 15,sehari selepas duduk bawah lampu di hospital kuning turun ke 11.. tetapi selepas keluar dari hospital kuning anak saya naik balik ke bacaan 15.. bila 2 hari sekali check kuning turun naik 13 Naik ke 14 balik.. skrg dah disahkan prolong juandice.. untuk pengetauhuan doctor,anak saya kerap susu,berjaga siang,kerap berak & kencing.. soalan saya kenapakah kuning anak saya susah nak surut even saya kerap susu kan anak & jaga permakanan juga.. adakah disebabkan susu saya & history anak pertama juga prolonged juandice?

Baca lagi
6y ago

Ada kalanya prolonged jaundice ni disebabkan penyusuan ibu --> breast milk jaundice. Keberangkalian ini tinggi jika anak yang lain juga mengalami prolonged jaundice. Breast milk jaundice biasanya ambil masa 1-2 bulan untuk hilang tetapi tidak memudaratkan bayi. Ini tidak bermaksud kita patut menyusu bayi dengan susu formula.