Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Doc, bagaimana baby boleh mendapat demam kuning? Adakah disebabkan pemakanan ibu semasa mengandung? Tetapi, saya pernah bertanya segelintir ibu2 yang mana baby mereka mendapat demam kuning..Pemakanan beliau cukup seimbang untk perkembangan bayi didalam perut, tidak pernah mengambil makanan yg tidak baik untk kandungan..Contoh makanan seperti, jajan, air bergas, meggi dan sebagainya..Saya berharap Doc dapat menjelasnya . Terima kasih Doc🙂

Baca lagi
6y ago

Demam kuning adalah normal untuk kebanyakan bayi dan disebabkan oleh fungsi hati bayi yang kurang matang untuk mengeluarkan kuning berlebihan dalam badan. Ketika bayi berada dalam rahim, pengeluaran kuning bayi adalah melalui uri. Pemakanan ibu semasa mengandung tidak memainkan peranan kecuali jika ibu kurang makan dan bayi yang lahir kurang 2.5kg. Bayi yang kurang berat badan senang mendapat kuning.