Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apakah punca baby dmam kuning?

6y ago

Kebanyakan bayi mudah kuning disebabkan fungsi hati yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigmen kuning) yang berlebihan. Tapi ada kalanya risiko lain seperti lahir pramatang, darah ibu dan anak yang tidak serasi, defisiensi G6PD, bengkak kepala (cephalohematoma) dan lain-lain boleh menyebabkan kuning tinggi.