Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr Joann, sy ade 2 org ank dn akn lahirkan yg ke3 xlma lg.. Dua2 ank sy mengalami prolong jaundiced... Bila sy google, salah 1 sebab perbezaan darah ibu dgn ank.. Btl ke? Sbb prolong jaundiced ni akn memenatkan sy ketika berpantang.. Nk ulang alik hosp utk amek darah..

6y ago

Betul kerana sekiranya darah puan and bayi tidak serasi, boleh berlaku pemecahan sel darah merah yang akan menyebabkan kuning bayi (bilirubin) susah untuk turun. Pastikan puan tingkatkan penyusuan anak untuk kurangkan kuning dengan lebih cepat. Kuning bayi akan keluar dari badan melalui berak dan kencing bayi.