Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Doktor, betul ke minum susu kambing semasa hamil blh elak bby kena demam kuning? Kalau btl, bila blh mula minum? Tq in advance doc

6y ago

Buat masa ini, tidak ada bukti kuat yang menunjukkan ibu hamil yang minum susu kambing boleh mengurangkan kuning bayi. Tapi wanita perlukan lebih banyak kalsium yang boleh didapati dari susu ketika mengandung. Pastikan puan minum susu tepung ataupun susu yang telah direneh untuk mengelakkan jangkitan kuman pada puan dan bayi.