Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai dr Sy nk tnya ttg susu ibu Apakah yg perlu sy lakukan jika susu ibu berkurangan Boleh share sebarang tips2

Baca lagi
6y ago

Faktor pertama ialah minum air yang banyak (termasuk sup, susu) dan pemakanan yang seimbang. Faktor kedua ialah penyusuan yang kerap dan effektif. Sekiranya bayi kurang minum atau tidak minum dengan elok (latching), ini akan memberi signal kepada badan untuk kurangkan susu badan. Ketiga ialah pemikiran yang positif and kurang stress. Emosi memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan hormon penghasilan susu.