Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doctor, sy mengandung 21week. Perut selalu mengeras n baby selalu gerak tu normal ke? Sebab sy rasa perut sy selalu mengeras.. baby pun selalu gerak

6y ago

Perut yang mengeras kemungkinan besar disebabkan oleh pergerakan bayi yang lebih kerap di trimester kedua. Fenomena ini dinamakan Braxton Hicks. Tetapi sekiranya perut mengeras berterusan lebih dari 2 minit dan rasa sakit, tolong jumpa doktor O&G untuk pemeriksaan.