Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Dr, saya nak tanya pemakanan apa Yg akan menyebabkan bayi lahir kuning

6y ago

Sebanyak 80% bayi boleh dapat jaundis. Punca utama ialah hati bayi yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Cara yang paling berkesan untuk keluarkan kuning berlebihan adalah melalui penyusuan bayi yang kerap. Ini adalah kerana bilirubin yang berlebihan keluar daripada badan bayi melalui kencing dan berak. Setiap ibu yang menyusu badan harus mempraktikkan pemakanan yang seimbang dan banyak minum air untuk tingkatkan penghasilan susu badan. Tiada makanan yang dikenal pasti boleh meningkatkan kuning bayi. Tetapi sekiranya bayi kekurangan enzim G6PD, ibu tersebut harus elakkan makanan dan ubat-ubatan tertentu.