Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai dr. Sy lahirkan baby premature 30w4days. Anak sy prolonged jaundice. Brp lama ia akan hilang? Skrg anak sy berusia 2 bulan.

6y ago

Jika semua siasatan prolonged jaundice normal, puan tidak perlu risau. Prolonged jaundice anak puan mungkin akan hilang dalam masa sebulan kerana anak puan baru corrected age 38 (baru masuk minggu ke-38 mengikut kiraan tarik lahir).