Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Dpt kah jaundice dielakkn Dr.? Knpa jaundice perlu ada dkat bayi yg lpas lahir ?

6y ago

Ada kalanya jaundis tidak dapat dielakkan. Jaundis adalah satu keadaan yang ketara bagi bayi. Jaundis berpunca dari peningkatan bilirubin dalam badan. Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin daripada badan bayi. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini. Disebabkan hati bayi yang kurang matang dan pemecahan sel darah merah, kebanyakan bayi cenderung untuk dapat jaundis.