Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doktor. Apakah faktor utama yg mendorong kepada bayi terkena juandis dan langkah pencegahan bagi demam kuning ini? Adakah cara tradisional seperti amalan minum susu kambing segar semasa di hujung trimester mampu mengurangkan risiko juandis bagi pandangan ahli saintis?

6y ago

Jaundis adalah suatu yang amat ketara dan punca utama adalah hati bayi yang kurang matang dan tidak dapat mengeluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Bilirubin akan keluar dari badan bayi melalui air kencing atau berak. Jadi penyusuan ibu yang kerap adalah amat penting untuk memastikan bayi kerap kencing dan berak. Memberi susu kambing ataupun susu lembu adalah sama. Susu kambing malah mempunyai protein yang tinggi dan folate yang rendah dan tidak sesuai untuk bayi.