Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor.. Adakah prolong jaundice ada kaitan dengan penyakit thalasemia? Both of us mother and father positif carrier beta thalasemia? Thank u

6y ago

Antara punca prolonged jaundis adalah pemecahan sel darah merah yang berlebihan. Ini boleh disebabkan oleh darah/Rhesus bayi dan ibu yang berlainan, defiensi G6PD dan juga bentuk sel darah merah yang tidak kukuh. Thalassemia bukan satu punca untuk prolonged jaundis.