Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hai doktor, saya tengah mengandung sekarang..ada tips tak untuk mengelakkan baby jaundice semasa lahir

6y ago

Pastikan puan tahu kumpulan darah puan.Ini adalah kerana ibu yang mempunyai kumpulan darah O atau Rhesus negatif mempunyai bayi yang lebih cenderung mendapat kuning tinggi. Sekiranya ini anak pertama, dapatkan latihan penyusuan badan terlebih dulu sebelum bersalin. Bayi yang menyusu kerap 8-12 kali/sehari kurang mendapat jaundis kerana bilirubin (bahan berwarna kuning) mudah keluar dari badan melalui kencing atau najis.