Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
96 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doktor. Saya darah O+. Melalui pembacaan saya, bagi ibu yang berdarah O, bayi yang dilahirkan berisiko tinggi kena jaundice. Ada tips untuk ibu hamil untuk kurangkan jaundice selepas bayi dilahirkan ?

6y ago

Kuning berlebihan akan keluar daripada badan melalui air kencing dan berak bayi. Jadi tips yang terbaik ialah untuk tingkatkan penyusuan badan supaya bayi kerap berak dan kencing. Ibu juga harus minum banyak air dan makan makanan yang seimbang supaya susu badan mencukupi.