Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.
Hello Dr, ibu mana nak anaknya kena jaundice dan kerap duduk bawah lampu tanpa pakai baju dan matanya di tutup, sedih sangat.. Adakah pemakanan ibu ketika hamil boleh menyebabkan anak yg di lahirkan terkena jaundice?
Hai doc.. Sempat lagi tak saya nak bertanyakan soalan.. Normal ka,baby yang tiada penyakit demam kuning..?ada sahabat saya bagitahu..anak saya ni tak sihat..disebabkan tidak da demam kuning..confius saya..
Terima kasih semua..nanti saya nk srcenshot bagi kat kawan tu..alhmdulillah ank saya sihat..bkn mcm kwn saya maksudkan tu..
Assalamualaikum doctor..saya nk tanya tentang vaccine..if ank 3 bulan da amek vaccine di kk, boleh ke on the same day sy amek vaccine rota virus pula..or ade kne jarak beberapa hari or minggu?
Vaksin yang aktif (contohnya rotavirus, demam campak, MMR) harus diberi pada hari yang sama atau 4 minggu kemudian. Ini untuk memastikan penghasilan antibodi yang optimum.
Hello! Sorry if this sounds like a silly Q. I’m wondering can jaundice actually be avoided? I.e. what sort of food to be taken more or not to take during pregnancy? Thanks in advance!
Don't worry. It's not a silly question. Jaundice is very, very common. And most of the time it is unavoidable due to the physiology of the baby. When the baby was inside the womb, bilirubin (yellow pigment responsible for jaundice) is removed via the umbilical cord. However, when the baby is born, it has to be processed by the liver then removed. Most babies have immature liver hence bilirubin is not effectively removed from the body.Sometimes, some higher risk babies will require phototherapy to help bring the jaundice down. We must always remember that jaundice is normal and does not have any permanent side effects on a child if it is not high. There is no food that can help to reduce jaundice. The best way is still ensuring baby frequently breastfeeds.
Dr. Baby sy kuningnya turun tp lambat sgt. Sy darah a+ suami yg 'o'.. adakah sbb baby pun darahnya 'o' jdnya lambat turun kuning? Baby sgt kuat susu dan selalu berak kencing..
Kuning bayi biasanya mengambil masa 1-2 minggu untuk turun. Asalkan kuning tidak tinggi, ia tidak akan menganggu kesihatan anak.
Hi doctor..sye nk tnya kalau baby dh bebas jaundice ade kemungkinan tak jaundice tu akan dtg balik..ape cara2 utk elakkan baby dr terkena jaundice..terima kasih doctor 😊
Jangan risau, jaundis yang turun sepenuhnya tidak akan naik semula melainkan ada jangkitan atau kemerosotan fungsi hati.
Hello dpktor apa yg menyebabkan bayi yg baru lahir selalu terkena jaundice,adakah pemakanan ibu semasa hamil..terima kasih.
Tq dr
Hi doc, berapa bacaan yg dikira selamat utk jaundis? Sbb bila sy check di kl, baby sy dikatakan masih jaundis tapi bila balik Kedah, 9 dianggap takde jaundis. 😅
Kebanyakan klinik kesihatan akan teruskan ujian saringan kuning bayi sehingga kuning kurang dari 100 micromol/L atau 6mg/dl.
Hi doctor ank saya baru 7 hari di masukkan hospital kerana kuning tinggi bacaan 325..tapi apa bila pulang mata baby ada kuning.ada x langkah untuk turunkan kuning
Pastikan bayi kerap menyusu supaya kuning yang berlebihan boleh keluar dari badan melalui kencing dan berak. Jangan makan jamu sehingga kuning anak stabil dan makin menurun.
Hai Dr sya sdang mengandung anak k4 tpi setiap anak sya mesti ada kekuningan yng tinggi jadi sya nk tahu lah macam mna nak elak dari kekuningan di masa mengandung?
Ohh mcm tu Dr. Tq Dr sbb terangkan pertanyaan saya
Mom Babies Twins