96 Balas
Hai Doctor. Terima kasih kerana sudi membaca & menjawab soalan saya. Saya merupakan seorang ibu mengandung, sekarang kandungan saya berusia 34 minggu. Saya dikategorikan dalam kumpulan darah jenis O+, manakala suami saya A+. Saya pernah tanya doktor di tempat saya, risiko bayi saya mendapat Jaundice. Doktor ada beritahu sekiranya bayi saya juga kumpulan darah O+, kemungkinan bayi saya berisiko rendah dapat Jaundice. Sekiranya bayi mengikut jenis darah suami, kemungkinan besar bayi akan mendapat Jaundice. Soalan saya, bolehkan Doktor terangkan lebih lanjut berkaitan penerangan doktor saya diatas & apakah persediaan yang sewajarnya saya ambil dari sekarang sekiranya bayi saya mendapat Jaundice apabila dilahirkan nanti. Ada juga sahabat berkongsi tips untuk elakkan bayi terkena Jaundice adalah minum air kelapa, amalkan anggur hitam & sebagainya. Adakah ini tepat? Terima kasih Doktor. 😊
Hi doctor.. saya skrg dalam pantang hari ke 18.. pada hari ke3 selepas bersalin anak saya disahkan ada kuning.. bacaan permulaan 15,sehari selepas duduk bawah lampu di hospital kuning turun ke 11.. tetapi selepas keluar dari hospital kuning anak saya naik balik ke bacaan 15.. bila 2 hari sekali check kuning turun naik 13 Naik ke 14 balik.. skrg dah disahkan prolong juandice.. untuk pengetauhuan doctor,anak saya kerap susu,berjaga siang,kerap berak & kencing.. soalan saya kenapakah kuning anak saya susah nak surut even saya kerap susu kan anak & jaga permakanan juga.. adakah disebabkan susu saya & history anak pertama juga prolonged juandice?
Ada kalanya prolonged jaundice ni disebabkan penyusuan ibu --> breast milk jaundice. Keberangkalian ini tinggi jika anak yang lain juga mengalami prolonged jaundice. Breast milk jaundice biasanya ambil masa 1-2 bulan untuk hilang tetapi tidak memudaratkan bayi. Ini tidak bermaksud kita patut menyusu bayi dengan susu formula.
Hai doctor.. Anak saya dah 23 hari.. prolong jaundice.. Dengan bacaan 9.5. Saya banyak bagi dia BF.. Kuning dia lambat sangat turun.. Dah check darah semua keputusan okay. Tak ada masalah. Kencing pun okay.. Kalau kata dari segi makanan..saya tak ambik pun mana2 pati atau herba lagi.. Halia pun tak makan setakat ini.. Tapi kuning baby still lambat sangat turun. Menyusu dan berak pun dia kerap..timbang belum cukup sebulan dah naik dari 3.05 kepada 4.02kg. Kumpulqn darah saya B positif.. So..nak tanya kat sini..kenapa kuning baby masih juga lambat turun? N setiap kali bagi susu badan ada masa baby terbatuk. Kenapa ya doc?
Halia jika tidak berlebihan tidak akan menyumbang kepada kuning bayi. Tetapi herba, tidak disarankan ketika bayi kuning.
Hai Doktor..anak sy baru berusia 20 hari and yesterday one of doctor at KK inform that maybe my daughter has prolonged jaundice. The problem is anak sy dah lbh 15 hari x berak. Dia fully breastfeed..x de muntah, kencing kerap, kerap kentut and perut tak kembung..berat bdn msa lahir 2.92, msa warded sb jaundice berat trun ke 2.62 n latest weight is 2.90kg..saya dipahamkan baby yang kena jaundice seharusnya ada berak bagi mmbolehkn kuning tersebut keluar melalui najis. Boleh sy dptkan pandangan doktor punca anak saya tidak berak dan apa yang harus sy lakukan.
Thank you doktor atas pandangan tersebut..ujian untuk prolonged jaundice dah dibuat semalam dan sedang menunggu keputusan.
Doc, bagaimana baby boleh mendapat demam kuning? Adakah disebabkan pemakanan ibu semasa mengandung? Tetapi, saya pernah bertanya segelintir ibu2 yang mana baby mereka mendapat demam kuning..Pemakanan beliau cukup seimbang untk perkembangan bayi didalam perut, tidak pernah mengambil makanan yg tidak baik untk kandungan..Contoh makanan seperti, jajan, air bergas, meggi dan sebagainya..Saya berharap Doc dapat menjelasnya . Terima kasih Doc🙂
Demam kuning adalah normal untuk kebanyakan bayi dan disebabkan oleh fungsi hati bayi yang kurang matang untuk mengeluarkan kuning berlebihan dalam badan. Ketika bayi berada dalam rahim, pengeluaran kuning bayi adalah melalui uri. Pemakanan ibu semasa mengandung tidak memainkan peranan kecuali jika ibu kurang makan dan bayi yang lahir kurang 2.5kg. Bayi yang kurang berat badan senang mendapat kuning.
Hai doctor.. Saya 41tahun.. Tengah mengandung 36 minggu.. First baby.. Semasa awal hamil sehingga sekarang tiada masalah darah tinggi n kencing manis.. Air ketuban pun ok.. Uri semua di atas.. Last scan baby dah kepala je bawah.. Belum masuk laluan.. Tapi doc tetap mengata kan sy tidak bole bersalin Normal.. Walau baby saya sekarang 2.5kg.. Dengan alasan faktor usia, anak first umur 41 takut x der laluan, takut Tiba2 Bp naik.... Bole bagi pandan gan Doctor??
Bidang O&G saya kurang fasih. Tapi sekiranya puan inginkan pendapat kedua, puan boleh berjumpa dengan doktor pakar O&G lain.
Greetings Dr. I just gave birth to a healthy baby and today is the 15th days. Yesterday we went for a check up and her SB turn out to be maintained from the 10th day, which is 176, currently we are waiting for appointment for prolong jaundice. My question is, when can i start to take after birth herb? As i already purchased amway confinement set, but still haven't consume it, due to my daughter's jaundice. Thank you Dr🥰.
I see. Thank you so much for the answer and for your time Dr🥰. Really appreciate it 😊.
Hi doktor, anak saya skrg sudah 3 bulan tapi saya masih risau sebab anak saya dulu kuning tinggi sampai 360++ dan saya sudah cek pendengaran dia okay tapi saya sebagai ibu masih risau adakah dia boleh terkena autisme atau pendengaran yg tak jelas atau apa2 penyakit lain kekadang saya jadi insomnia sebab memikirkan tentang anak saya, saya harap doktor boleh menjawab pertanyaan ini terima kasih doktor
Okay doktor thank you, noted 🥰
Doktor saya nak tanya tapi bukan pasal juandis. Tapi masalah period, bulan 1 dalam 10 hari. Saya biasa period 6-7 hari sebelum ni. Tapi lepas cucuk depo. Period jadi kacau. Saya stress doktor bila jadi mcm ni. 😭 Untuk pengetahuan doktor, saya dh stop bulan 2 tahun 2019 lg. Tapi kesan ubat tu masih ada. Sye kerap sakit kpala bila cucuk depo tu. Ada ubat untuk saya betulkan balik period saya?
Terima kasih doktor.
saya bersalin normal pada 25/11/2017 ,ade luka episiotomi. dan saya baru lepas bersalin ank kedua 17/1/2020. skrg dalam pantang hari ke 16. soalan saya, luka episiotomi nie, bengkak? mase bersalin anak kedua , sy ta ade koyakan, atau gunting. kenapa yer bengkak? bahagian dalam . bile saya tolak , bahagian jahit tu merah. adekah jangkitan kuman ? atau sy kena refer hosp?
Kalau bahagian episiotomi bengkak, saya sarankan puan berjumpa doktor untuk periksa sama ada berlaku jangkitan pada jahitan episiotomi.
Dr Joann Rajah