Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sy byk kali kna suru jmpa pakar pemakanan tp takde kesempatan.blh tak dr tlg suggest makanan2 yg baik utk low hb spt sy and makanan apa yg prlu dielakkan ?thnks

Salam doctor, saya fully breastfeed bayi berumur 2bln lbh. Apakah pemakanan yang bagus untuk sahur bagi ibu menyusu sepanjang Ramadhan??

4y ago

Terima kasih doctor ❤️

Assalqmmualikum doktor..sekarang saya hamil 14 minggu..jadi saya nk tanya bagaimanakah cara pemakanan yg sesuai utk di ambil ketika puasa..

Assalamualaikum doktor..sya mgandung 7 bulan. Boleh ke sya berpuasa. ..dn apa makanan yg sesuai dlm kndungan sya dlm bln ramadan ini...sya cepat lapar🙈...

Assalamualaikum doc... Mcm mane sy nk cari mkanan yg pling sesuai utk bln puasa ni.. Sbb ank sy full BF... Ade kah sy still boleh puasa n xkan ganggu pyusuan sy

4y ago

Waalaikumussalam puan Keperluan protein sangat penting untuk ibu menyusu. Pastikan puan ambil ayam/telur/ikan/daging bersaiz tapak tangan setiap kali makan. Dan karbo seperti nasi bersaiz satu genggaman puan setiap kali makan. Sayur dah buah separuh pinggan. Susu atau produk tenusu juga sebaiknya diambil Perkara paling penting., air haruslah mencukupi (2liter) dan sentiasa positif yang susu akan sentiasa cukup 😊

Salam. Dr, sye fully bf bayi sye yg umo 2bln lbh. Bagaimana pemakanan untuk pastikn bekalan susu mencukupi & bolehkah sye berpuasa nanti? Terima kasih

Kandungan sy baru 3 bln,ada ke cara2 or tips pemakanan sepanjang puasa ni terutamanya ketika sahur utk elakkan letih dan mual sepanjang hari..tq

Assalamualaikum doktor, saya hamil 15 minggu boleh kah saya berpuasa? & makanan apa yg harus saya elak jika berpuasa?

Perut saya selalu rasa sebu dan berangin , sendawa sentiasa. Maybe sebab 1 st teimester . Apa makanan yg bagus utk mencegah angin di dalam badan ?

Assalamualaikum puan...saya hamil 4 bulan lebih...sekarang saya cepat lapar bila tak makan akan rasa nak muntah,pening...bolehkah saya berpuasa

4y ago

Okay thanks puan