Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Pemakanan Semasa Tempoh Ramadan kepada salah seorang Ahli Pakar kami. Soalan boleh merangkumi makanan yang harus diambil, dielakkan dan lain-lain semasa berpuasa. Berguna untuk ibu hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Puan Syaza merupakan Pakar Pemakanan bertauliah dalam kajian pemakanan dan nutrisi yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Rabu 22 April 2020, pada jam 4 sehingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan pemakanan semasa tempoh Ramadan. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaza, Pakar Pemakanan
73 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum puan. Saya skrng kena bt BSP control diet . Cara pemkanan mcm ne yg perlu Saya ikt. Dlm berpuasa nanti. Trme ksh

Hi Dr, boleh Dr beritahu bagaimana nak mencegah penyakit Covid-19 jika terpaksa makan di pantri syarikat semasa bulan ramadan

Salam doktor, pemakanan untuk bayi 7 bulan ke atas apa yang perlu ya? Adakah kentang tidak sesuai diberikan kepada bayi?

Salam pn..sy hamil 22 minggu skrg, ada hypertensi dan tgh on ubat dan ada gdm..boleh ka sy berpuasa pd bln ramadhan ni?

5y ago

Jika puan ada masalah kesihatan, tidak digalakkan untuk berpuasa. Apa apa pun rujuk semula OB/GYN yg memeriksa puan ya

VIP Member

Salam doc.. boleh suggest mknan ape yg elok untuk kita ambil waktu sahur jika baby breastfeeding..

5y ago

Waalaikumussalam puan Waalaikumussalam puan Keperluan protein sangat penting untuk ibu menyusu. Pastikan puan ambil ayam/telur/ikan/daging bersaiz tapak tangan setiap kali makan. Dan karbo seperti nasi bersaiz satu genggaman puan setiap kali makan. Sayur dah buah separuh pinggan. Susu atau produk tenusu juga sebaiknya diambil Perkara paling penting., air haruslah mencukupi (2liter) dan sentiasa positif yang susu akan sentiasa cukup 😊

Assalamualaikum doktor..kandungan saya skrg 18 minggu, hb saya rendah x sampai 11..boleh kah saya berpuasa? saya ada sle..

5y ago

Waalaikumussalam puan Jika puan ada masalah kesihatan, puan tidak digalakkan berpuasa. Tapi apa apa pun rujuk semula OBGYN puan ya 😊

salam doc.. sy nk tnya. sy baru masuk 5week pregnant, bolehkah sy puasa diwaktu trimester 1? terima kasih..

5y ago

terima kasih doc.. tapi jika kita puasa jgk, ada effect apa2 tak kat baby?

Assalamualaikum.. sy skrg 36 minggu.. dan hb sy drop 8.6.. ape yg patut sy makan waktu sahur dan berbuka?

salam doktor...boley x nk brtnya pemakanan yg mcm mne xssuai tuk ibu hamil?...ikan keli selamat x tuk dimakan?

VIP Member

salam Dr, jika waktu sahur hanya makan macaroni or pasta memadai atau tidak? sebab saya payah nak makan nasi .