61 Balas
Hai doctor.. Saya ingin bertanya.. Bayi saya bru berusia 50 hari. Tetapi susah sendawa apabila mnum susu.. Dan sllu bunyi nafas seolah2 trsekat... Itu amat membimbangkan saya... Blh x mintak nasi hat dktor?
Apakah faktor utama pada ibu mengandung yg menyebabkan anak menjadi autisme??adakah faktor makanan,ibu mengandung selalu bersedih atau ape sahaja?
Sehingga kini, tiada lagi jawapan yang tepat apa penyebab autisme. Saintis berpendapat penyebab autisme adalah kompleks dan melibatkan faktor genetik dan interaksi unsur genetic dengan faktor persekitaran tertentu. Tetapi saintis telah mengenal pasti faktor-faktor yang meningkatkan risiko autisme, iaitu: 1) usia tua ibu bapa pada masa anak dilahirkan ( untuk anak pertama ibu> 35 tahun, ayah > 40 tahun) 2)anak lahir tidak cukup bulan ( < 33 minggu gestation) 3)Proses bersalin yang ada komplikasi 4) ada ahli keluarga yang mempunyai diagnosa autisme Tidak ada bukti pemakanan atau emosi ibu mengandung yang menyebabkan autisme . Tetapi adalah penting ibu mengandung memastikan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang , dan mula pengambilan folik asid ( sekurang-kurangmya 4 minggu sebelum mengandung dan 8 minggu selepas mengandung) kerana ada kajian menunjukkan ini mingkin memberi kesan positif kepada anak yang mempunyai risiko genetik autisme.
Hello doc, kalau anak 4 tahun tapi masih bertutur seperti baby adakah dia seorang autism? Dia boleh bercakap macam biasa tp kdg2 bahasa baby tetap keluar dan penggunaan ayat dia tu sgt terhad.
Ok terima kasih doc..
Hi doc,adakah pendedahan gadget seperti ipad, smartphone kepada anak seawal bayi dlm jgka masa yg lama memberi risiko atau faktor anak tersebut menjadi seorang austisme? tq
Saintis telah membuktikan bahawa pendedahan awal bayi kepada " screen time " mempunyai kesan negatif kepada perkembangan otak kanak-kanak. Kanak-kanak ini mempunyai risiko tinggi kekurangan daya fokus , dan hyperaktif kemudian . Screen time juga mengurangkan masa interaksi sosial anak dengan ibu bapa dan ahli keluarga , ini pun ada kesan negatif kepada perkembangan sosial and emosi kanak- kanak.
Betul ke autisme ni berpunca dari ibu stress semasa hamil? Apa punca punca yang boleh menyebabkan bayi yang lahir mendapat austisme?
Hi doctor, Jika anak didapati ada tanda2 autism apakah langkah yang boleh diambil atau ada adakah terdapat cara pencegahan yang boleh dilakukan. Terima kasih
Selepas diagnosa autisme, adalah mustahak semua ahli keluarga faham keadaan ini dan menerima kenyataan anak mempunyai keperluan khas. Selepas itu, ibu bapa digalakkan untuk mempelajari cara-cara didik anak autisme ( melalui laman web/social media yang bertauliah , bengkel ibu bapa dsb) dan membuat survey servis-servis terapi yang sedia ada ( kerajaan , NGO , swasta ) untuk rawatan susulan. Terapist yang paling mustahak dan efektif adalah ibu bapa sendiri.
Hi dokttor sya hamil alhamdulilah stelah 9 bulan penantian akhirnya sya hamil . Tpi doktor normal ke skit dibwah perut time hamil ni kdang2 dtg skit tu
Adakah radiation boleh menyebabkan bayi menjadi austism? Contohnya ibu yg bekerja di Makmal X-ray atau penggunaan handphone setiap kali menyusu bayi?
Tiada bukti saintifik yang menyatakan ini penyebab autisme.
Bagaimana nak tahu anak itu miliki autisme? Boleh tahu sejak usia berapa bulan? Apa tanda2 anak itu austism? Dan bagaimana untuk kita atasinya?
Hi doktor. Nk tnye anak sy masuk 5bulan tp harini dah 2hari dia tak poopoo. Cuma kencing and buang angin je. Its normal atau perlu ke sy risau?
nurain