Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi.. apabila seorang ibu, mengambil ubat antidepressan semasa mengandung ( yg selamat utk bayi dalam kandungan).. doctor ada menasihatkan supaya jangan direct bf kena pump dulu susu selepas 4 jam makan ubat tu.. selepas 4 jam boleh menyusu macam biasa.. jadi soalan saya, 1) adakah ada kekeliruan pada bayi untuk bf dengan bottle sbb kita dah mix susu, 2) kesan pada bayi jika kita tak buang susu 4 jam selepas kita makan ubat tu

Baca lagi

Hi,saya sedang pregnant anak ke-5,jarak anak ke-4 & kandungan sekarang ialah 8 tahun.Saya gagal untuk fully breastfeed 4 orang anak sebelum ni,disebabkan puting tak timbul,luka sakit sangat yg buatkan saya putus asa utk susukan anak.Saya teringin nak fully breastfeed anak.Tapi saya trauma dengan puting yg tenggelam & sensitif,cepat luka.Ada tak cara terbaik untuk saya ready fizikal & mental sebelum bersalin April 2020 nanti ?

Baca lagi

Hi, saya fully bf mom, direct and ebm sbb bekerja. Selalunya, saya akan letak dalam botol 3 oz utk baby. Tapi misalnya, baki utk yg bertarikh sama (contohnya semalam), cuma ada 1-2oz. Jadi x cukup utk letakkan dlm 1 botol utk per feed. Bolehkah saya campur dengan susu perahan harini atau mmg tak boleh campur, maknanya buang.. sebab bila balik kerja sy mmg direct feed.

Baca lagi

Hi.. Anak sy 1 bulan 10 hari.. Sekarang ni, campur bf+fm. Sejak anak sy 1 bulan, sy perasan yang anak sy akan muntah setiap kali lepas minum susu badan, muntah mengalir keluar dari mulut walaupun sudah disendawakan.. Kalau minum susu formula, tak ada muntah pun. Saya jadi down nak bagi susu badan. Boleh terangkan kemungkinan sebab anak sy muntah bila minum susu badan?

Baca lagi

assalamualaikum maaf nak tanya sepatutnya boleh ke menyusukan anak yg pertama yerk kalau kita pregnant lagi...??anak sy berumur setahun 6bln...skrg sy preggy da 34w...dan kalau sy bersalin nanti adakah susu ibu masih ada lagi..??saya takut bila bersalin nanty susu ibu tak ada pulak utk anak kedua sy...mohon penjelasannya ye...

Baca lagi
5y ago

Waalaikumsalam puan. Terima kasih bertanya. Ya puan masih blh menyusukan anak puan yang masih menyusu sewaktu hamil. Tetapi puan perlu tahu yg susu puan lama kelamaan akan semakin kering disebabkan perubahan hormon ketika hamil. Bila anak kedua puan lahir nanti, jika anak puan yg sulung masih dalam umur menyusu (2tahun ke bawah), puan blh susukan keduanya secara tandem. Aisyah Humaira BCNP peer counselor Care Birth & Beyonds

Saya suri rumh spenuh masa . Anak 6bulan 16hari fully bf . Soalan saya kenapa ye payudara belah knan sakit sentuh pun sakit tapi tak bengkak pun . Sebelum ni payudara sebelah kanan memang selalu bengkak dan ada ketulan selalunya ia akan hilang kalau saya tuam dengan air panas . Skrang dia tak bengkak tapi sakit pulak

Baca lagi

hai.. sy skrg mgndung anak kdua.. nak masuk 5 bulan usia kandungan.. soalan sy, nipple sy xtimbul kdua².. timbul pun tapi sebelah kiri je.. tu pun kecik je.. n sebelah kanan tenggelam.. sebelum ne pernah bengkak sbab anak first xmyusu sebelah kanan n ada ketulan dlm breast.. mcm mana cara nya agar nipple tu timbul ya

Baca lagi

1. Apakah cecair pertama yang dihasilkan payudara ibu baru bersalin untuk menyalurkan khasiat terpenting untuk bayi? 2. Jika bayi dimasukkan ke nursery adakah ibu berpeluang menyusukan bayi atau bayi menerima sepenuhnya susu yang dibekalkan oleh nursery? (Bayi kurang berat)

Hai..sy nak tanya 1.kalau pakai breast pad berapa kerap kena tukar breast pad tu dalam sehari utk pastikan kebersihannye? 2.kenapa baby bila tgh df macam suka gigit & tarik2 nipple lepastu hisap balik? 3.betul ke bila baby hisap tangan tu menandakan dia lapar?

Baca lagi

Assalamualaikum puan..sy nak tanya sy seorang surih rumah baby x pandai df so sy terpaksa pam susu dan bagi melalui botol..soalan sy susu perahan tu tahan 4jam di suhu bilik kan..kalau baby x habis sepenuhnya susu perahan boleh bagi utk second feeding dalam 4 jam tu?

5y ago

Terima kasih puan atas soalan anda. Bagi susu yang baru dipam keluar, ia boleh tahan di suhu bilik 27 darjah Celsius dalam 4 jam. Jika susu perahan di letakkan dalam chiller box boleh tahan 8 hingga 12 jam. Namun, sekiranya susu tersebut telah diminum oleh bayi, susu tersebut hanya tahan selama 1 jam dari masa bayi menyusu. Bagi mengurangkan pembaziran, puan boleh tuang kuantiti susu yang diminum oleh bayi ke botol yang berlainan sebelum menyusu bayi. Jikalau puan ingin menyusu secara direct feeding semula, puan boleh menghubungi lactation counsellor untuk membantu puan.