Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum puan..sy nak tanya sy seorang surih rumah baby x pandai df so sy terpaksa pam susu dan bagi melalui botol..soalan sy susu perahan tu tahan 4jam di suhu bilik kan..kalau baby x habis sepenuhnya susu perahan boleh bagi utk second feeding dalam 4 jam tu?

6y ago

Terima kasih puan atas soalan anda. Bagi susu yang baru dipam keluar, ia boleh tahan di suhu bilik 27 darjah Celsius dalam 4 jam. Jika susu perahan di letakkan dalam chiller box boleh tahan 8 hingga 12 jam. Namun, sekiranya susu tersebut telah diminum oleh bayi, susu tersebut hanya tahan selama 1 jam dari masa bayi menyusu. Bagi mengurangkan pembaziran, puan boleh tuang kuantiti susu yang diminum oleh bayi ke botol yang berlainan sebelum menyusu bayi. Jikalau puan ingin menyusu secara direct feeding semula, puan boleh menghubungi lactation counsellor untuk membantu puan.