Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi.. apabila seorang ibu, mengambil ubat antidepressan semasa mengandung ( yg selamat utk bayi dalam kandungan).. doctor ada menasihatkan supaya jangan direct bf kena pump dulu susu selepas 4 jam makan ubat tu.. selepas 4 jam boleh menyusu macam biasa.. jadi soalan saya, 1) adakah ada kekeliruan pada bayi untuk bf dengan bottle sbb kita dah mix susu, 2) kesan pada bayi jika kita tak buang susu 4 jam selepas kita makan ubat tu

Baca lagi