Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi.. Anak sy 1 bulan 10 hari.. Sekarang ni, campur bf+fm. Sejak anak sy 1 bulan, sy perasan yang anak sy akan muntah setiap kali lepas minum susu badan, muntah mengalir keluar dari mulut walaupun sudah disendawakan.. Kalau minum susu formula, tak ada muntah pun. Saya jadi down nak bagi susu badan. Boleh terangkan kemungkinan sebab anak sy muntah bila minum susu badan?

Baca lagi