Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum maaf nak tanya sepatutnya boleh ke menyusukan anak yg pertama yerk kalau kita pregnant lagi...??anak sy berumur setahun 6bln...skrg sy preggy da 34w...dan kalau sy bersalin nanti adakah susu ibu masih ada lagi..??saya takut bila bersalin nanty susu ibu tak ada pulak utk anak kedua sy...mohon penjelasannya ye...

Baca lagi
6y ago

Waalaikumsalam puan. Terima kasih bertanya. Ya puan masih blh menyusukan anak puan yang masih menyusu sewaktu hamil. Tetapi puan perlu tahu yg susu puan lama kelamaan akan semakin kering disebabkan perubahan hormon ketika hamil. Bila anak kedua puan lahir nanti, jika anak puan yg sulung masih dalam umur menyusu (2tahun ke bawah), puan blh susukan keduanya secara tandem. Aisyah Humaira BCNP peer counselor Care Birth & Beyonds