pengalaman Luka Czer
Hai boleh tak share pengalaman czer? saya da hampir sebulan czer tp ada masa tempat luka pedih . pernah awal² terbuka sikit gam nya . now belah hujung pulak pedih melecet. ada tak yg pernah jd mcm saya? dan mcm mana ibu² bersihkan bulus dkt line czer tu??

normal. yg czer bertahun pun kdg2 ngilu kat situ. belah hujung tu biasa melecet klu bergesel dgn kain/seluar...kena pastikan tpt tu btul2 kering. boleh cari spray cuci luka dgn krim luka dkt farmasi. kalau bulu2 tu sy pakai shaver biasa tu je, just lalukan saja, jgn tekan ke kulit sgt.
Jangan lasak. Slow motion. Jaga postur dgn betul utk czer mom. Jangan angkat berat melebihi berat baby. Jangan buat aktiviti berat. Bersihkan tempat czer secara gentle dan keringkan betul2. Jika masih pedih, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Kita tak nak ada jangkitan.
Sama dgn saya. Masa berpantang kat kg tu panas yakmat. 3,4 kali mandi sehari sampai luka czer lambat sembuh, hujung2 tu mcm nk terbuka. Mak saya suruh pakai krim luka sapu tmpat basah tu dlm 2,3 hari dah kering
Jgn byk bongkok. Boleh baring tidur dan jalan. Jgn dukung anak terlalu lama . Alhamdulillah saya ok. Saya pilih guna botol susu untuk menyusu anak sebab letih dan sakit badan.
sy beli cream kt farmasi… 3-4kali sapu luka kering.. sbb sblom tu luka mcm terbuka sikit di jahitan luar
Beli kat farmasi sapu kat tempat luka , cepat baik . Saya da 2kali czer

Saya lap lap je pakai tisu basah
Household goddess of 1 bouncy prince