Hb saya rendah 10.5
Hai ada tips atau apa2 ubat, jus apa apa yang kesan cepat untuk menaikan hb? Saya ada masa 2 minggu nak naikkan hb saya. Kalau tak nurse kata inject bontot dah. Sbb dah 3x inject hb saya tetap 10.7 skrng 10.5 tolonglah saya. Hmmm
Cuba amalkan kismis dgn kurma .in syaa allah...sya hb atas urat je haritu..lpz tu 2 ataw 3 haqi sblm check up...sye amalkan kismis dgn kurma...dgn air kelapa..kfang sye mkn kueyteow kerang ataw charkueyteow kerang...alhamdullilah....hb dari 11 naik 11.7
Makan ubat dengan air jus buah 2jam sebelum sarapan. Kalau makan waktu malam, makan ubat sebelum tidur. Dan banyakkan makan buah2. Elak makanan berminyak / berlemak tinggi. Jgan ambil ubat smbil mnum susu.
makan ubat iron yg diberi dri kk, 3 jam sebelum ambil sarapan dan minuman berkeffien, lepas dah 3jam baru blh ambil sarapan dn mkn ubat yg lain. iron tablt tk blh campurkn dgn ubat lain ..
makan jambu , ayam daging ... sayur pon kene jugk selalu mkn .. Macm saya pernah sekali hb 10.5 .. lepas kene bebel gan nurse , suruh sarankan bnyk mkn ayam daging . alhamdulillah naik 12
Banyakkan makan jambu batu, kurma, delima, daging. Kurangkan caffein, milo, coklat. Makan ubat dgn air limau kasturi tanpa gula. Hari2 minum pun takpe.
Sepanjang mengandung pun sy hb low 10++ je. Akhir2 bulan, bulan yg ke 8 dan 9 baru sy minum jus mamariam. Alhamdulillah hb naik 11++.
Kalau mkn ubt kk bg. Jgn mnum dgn air susu..sbb ad nurse pnah pesan mcm ni mse hb sy 10.3..n bru2 ni check dh 13.5..sy amalkn pati delima jgk
Mkan jus mamariam. Sy mkn mamariam baru naik hb dr 9.5 skrg 10.5.. Sebelum ni mkn apa2 ubat doktor pn x jalan jgk.. Try ikhtiar cara lain plk..
minum jus jambu batu peel fresh, makan buah buahan, sayur hijau esp bayam, makan daging & kerang, ubat yg kk bagi jgn lupa mkn juga 😊
Tak manis sangat ke kak jambu batu feel fresh tu? Kalau ok saya belii karang.. sbb sya makan jambu batu yang jual kat gerai gerai.. tapi saam jugak 10.5 hb..
bulan lepas pon saya rendah. tapi raya haji baru nie mmg mkan daging korban bnyak. padahal sata xsuka daging. hb naik smpai 13.