PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE
Gula Tak kiralah putih atau koko atau merah Tetaplah tak bagus Apa apa yang ada unsur manis pasti ada gula, hatta buah buahan sekalipun. Fruktosa, sukrosa, maltosa. Semua adalah gula. Untuk gula putih/perang, hadkan kepada cuma 12 sudu sehari sahaja. Untuk buah buah , jumlah yang diperlukan cuma 2-3 hidangan sahaja sehari bagi mereka yang sihat. Bagi mereka yang ada penyakit, jumlah buah perlukah bertanya pada doktor yang merawat atau dietitian di tempat anda ambil rawatan. Sama juga seperti madu atau kurma, tetap juga mempunyai gula. Bukan tak boleh makan, tapi biarlah besederhana. Sebab itu, untuk makanan yang sudah siap dibungkus, boleh periksa kandungan gula banyak mana. Terlebih gula memang boleh menyebabkan banyak penyakit dan menyebabkan kenaikan berat badan. Tips lain adalah dari minum jus buah, lebih baik makan buah. Jus buah, walau tiada gula tapi jumlah buah yang diguna biasanya lebih dari tiga untuk dapat segelas air buah piyor. Untuk pesakit kencing manis, lagilah kalau boleh elak minum air buah/jus buah. Tips lain adalah, bila bancuh minuman 3 in 1, boleh buat separuh pagi, separuh petang. Menambahkan air yang banyak dalam minuman manis tidak mengurangkan kandungan gula di dalam minuman tersebut atau di dalam darah. Ianya cuma mencairkan gula/air sahaja. Sebab apa kena hadkan gula yang nampak sebagai gula? Kerana itu belum campur lagi ‘gula’ di dalam makanan lain, contohnya nasi,pasta,mi, bihun,megi,laksa,roti,capati yada yada yada. Janganlah tak makan pula ya. Semua benda boleh dimakan, seeloknya yang fresh & berkhasiat, tapi seperti biasa bersederhanalah. Yang sedap itu pasti bersebab dan penyebab kepada banyak masalah kesihatan pada jangka masa lama. Yang tawar itu biasanya penawar? Nota kaki : Tiada herba/supplemen/makjun/sayuran yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan. Dr. Erna Nadia Terlebih manis kata kata juga adalah bahaya. Bersederhanalah hatta senyuman sekalipun✌?