Saya konfius kandungan melebihi 4 minggu dr akad nikah. Normal ke?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

nah, sy share ilmu dr doctor imelda balchin pakar o&g. kalau ada org tanya awak. awak tepet ni dekat dahi dia😁. Ramai orang tak faham bagaimana kita kira usia kehamilan, dan buat banyak fitnah bila ada pasangan suami-isteri yang bunting pelamin. Orang perempuan tu bukannya robot tau tak. Kitaran haid kebanyakan orang perempuan tidak datang tepat setiap 28 hari macam robot. Ada variasi setiap bulan. Untuk perempuan yang sihat dan normal itu, kadang-kadang dapat haid 24 hari selepas permulaan haid bulan lepas, kadang-kadang 32 hari, kadang-kadang 26 hari, kadang-kadang 34 hari. Variasi di antara 21 hari hingga 42 hari dikira sesuatu kebiasaan dan normal. Inilah dinamakan normal menstrual cycle. Chek tau ramai orang lelaki dah pening kepala bila baca setakat ini. Takpa chek sambung cerita bagi lagi pening. Sambung lagi naaaaa…. Jika ovulasi (iaitu telur ovum dilepaskan dari kilang ovari) berlaku awal dan ia tidak dipersenyawakan oleh sperma, maka haid akan datang awal. Jika ovulasi berlaku lebih lewat dan ia tidak dipersenyawakan oleh sperma, maka haid akan datang lebih lewat. Jadi bila haid akan datang setiap bulan bergantung kepada bila ovulasi berlaku setiap bulan, dan ini boleh berbeza-beza untuk perempuan yang sihat, subur dan normal. Variasi atau kelainan, ialah normal untuk perempuan. Kalau tak pening kepala lagi, sila sambung baca. Tetapi kebanyakan orang perempuan tak tahu bila ovulasi berlaku. Kebanyakan perempuan tidak tahu bila persenyawaan telur dan sperma berlaku. Kebanyakan perempuan tidak tahu bila janin itu melekat dalam dinding rahim, iaitu implantation. Hanya bila ada implantation, barulah kehamilan bermula. Jadi, bagaimana nak kira tarikh yang dianggarkan akan bersalin, jika tak tahu bila kehamilan bermula? Tu diaaaaa….. Pasai kita tak tahu bila ovulasi dan implantation itu berlakulah, kita mesti kira kehamilannya dari tarikh hari pertama datang haid, iaitu last menstrual period (LMP). Sebab yang ini pasti betulkan? Errr ini pun ramai perempuan tak ingat dan beri tarikh LMP yang tak betul. Kita kira anggaran tarikh akan bersalin ialah 40 minggu dari LMP. Tetapi, perempuan itu hamil hanya 38 minggu. Sebab itulah kalau kahwin 2 minggu selepas LMP, dan dia bunting pelamin, bila sampai 30 hari selepas LMP dan haid tidak datang. Jika pregnancy test itu positif, maka kita kata dia hamil 30 hari walaupun baru saja kahwin 14 hari. Zaman sekarang, ada dua cara untuk membuat anggaran tarikh bersalin (Estimated Date of Delivery, EDD) dengan lebih tepat. Pertama ialah kehamilan IVF, dimana kita tahu berapakah usia embryo yang diletak di dalam rahim. Kedua ialah ultrasound scan ukuran saiz embryo. Jadi, perempuan tak payah ingat apa LMPnya pun kita boleh berikan tarikh EDD. Siapa masih pening kepala, tarik nafas dalam-dalam, lepas tu baca semula naaaaa. Nak memahami perempuan, memang kena tahu ini dulu. Kemudian, chek nak tambah lagi. Jika perempuan itu kata selalunya haidnya regular setiap bulan pun, ovulasi boleh berlaku awal pada hari ke-11 atau lebih lewat pada hari ke-19. Perbezaan beberapa hari boleh memberi perbezaan yang ketara kepada saiz embryo. Sebab inilah EDD yang dikira dari LMP itu tidak setepat EDD yang dikira dengan ukuran saiz embryo melalui ultrasound scan, dan doktor akan tukar EDD mengikut ultrasound ukuran saiz embryo yang diukur diantara 12 dan 14 minggu kehamilan sekiranya ia berbeza dari EDD yang dikira dari LMP. Tapi chek nak pesan sikit kat jururawat dan doktor junior. Jika patient hangpa kata dia IVF pregnancy, hangpa tanya saja kat dia apa EDD yang pakar gynae IVF dah beritahu patient tu dan hangpa terima sajalah tarikh EDD itu. Toksah laaa dok sebuk nak beri tarikh EDD patient itu melalui kiraan dari LMP dah, dan toksah dok sebuk nak tukar tarikh EDD melalui ukuran saiz embryo. Tarikh EDD yang paling tepat sekali untuk IVF pregnancy ialah tarikh EDD yang doktor IVF dah beritahu patient itu. Toksah tukar naaaaa…. Sekian, terimakasih.

Baca lagi
Post reply image
9mo ago

haha. nurse nk juga menang dia😂😂. nasib baik awak layankan je dia kira🙈

mmg gitu laa puan... kalau last period 20july tp semalam baru nikah harini pregnant pun, tetap la jugak dikira puan pregnant dh 1bulan.. kalau ada org buat mulut, sesungguhnya dia tidak berilmu, sabar je lah puan je yg tahu apa yg betul salah

Normal. Namanya bunting pelamin sbb kiraan minggu kehamilan kita tu dikira dri first last period. So klu awk period before awk akad nikah tu kena kira dri sblm awk nikah.

Tak perlu confuse. Nak kira usia kandungan, ambil tarikh first day last period. Bukan tarikh bersama. Anyways, congratulation!

TapFluencer

Normal. Tu namanye bunting pelamin. Plus kite kira usia kandungan tu dari tarikh last period bukan dari tarikh perkahwinan.

sye pun mcm tu jugak sis . rezeki awal . kawen 21/1/23 . cek upt 18/2/23 dn positive . Alhamdulillah skrg dah 30w1d

Normal lah tu. Dr akan kira dari tarikh last period awak. Semua perempuan wajib tau benda basic ni.

bunting pelamin ke sis ? normal lah tu . kan usia kandungan dikira dari tarikh last period kita .

TapFluencer

Kiraan kandungan berdasarkan hari pertama haid terakhir.

normal sis. mungkin bunting pelamin.