TOLONG DOAKAN. MAAF SEBAB POST PANJANG.
First buka buku pink kandungan saya dah 6 weeks 2 days (05/02)..time ni belum nampak apa² lagi dan doktor bagitaulah kemungkinan² yang telah merisaukan saya hingga saya stress..then saya mula mengalami spotting pada 7 weeks (10/02) time tu risau terus ajak husband pergi hospital..selesai check apa semua doktor cakap semua okay je takda apa² cuma kalau pendarahan makin banyak dan rasa sakit sangat datang hospital balik and kantung dan janin still juga tak nampak..lepastu tiap² hari saya ada spotting hinggalah jumlah darah yang keluar makin banyak ahad lalu (16/02) pada 7 weeks 6 days..pergi lagi hospital cek apa semua still doktor cakap semua okay je..finally kantung dah nampak dan sangat² kecik dan dalam rahim ada pendarahan..tapi doktor tak pasti pendarahan ni disebabkan implantation ataupun tak jadi diorang ambil darah saya untuk ujian HCG hari tu juga..jadi hari ni 18/02 pada 8 weeks 1 day saya dah buat untuk 2nd time ambil darah HCG after 48 hours and result akan keluar esok..pendarahan pula makin banyak berbanding dua hari lepas..dah cek juga tadi doktor cakap takda apa² juga..saya harap sangat semuanya okay je..saya harap kandungan saya selamat..ini adalah kandungan ke 3 saya dan kali pertama mengalami pendarahan macam ni..2 orang lagi anak saya sihat je syukur..tolong doakan kandungan saya baik² je ye ibu² semua..?