Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Somaskandar Sivasuntharam, Pakar Obstretik dan Ginekologi (O&G) , Gleaneagles Hospital Penang.

Epidural ataupun tidak? Betul ke epidural membantu ibu untuk bersalin dengan mudah tanpa rasa sakit? Ibu masih lagi was-was untuk mengambil epidural? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami secara terus pada 24 Jun 2021, hari Khamis, jam 4 petang dengan topik yang sentiasa hangat di kalangan ibu iaitu pengurusan kesakitan sewaktu bersalin - Epidural atau tidak? *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik & masa yang dijadulkan akan dipadam atau tidak dijawab sama sekali.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Somaskandar Sivasuntharam, Pakar Obstretik  dan Ginekologi (O&G) , Gleaneagles Hospital Penang.
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam Sejahtera Dr. Saya ada beberapa soalan. Harap doktor sudi menjawab. 1) Boleh saya tahu kekurangan dan kelebihan mengambil epidural? 2) Bagi ibu yang bercadang untuk melahirkan di hospital kerajaan, adakah epidural hanya diberikan berdasarkan penilaian Dr keatas ibu atau si ibu diberikan peluang untuk meminta epidural? Terima kasih Dr

Baca lagi
4y ago

Untuk soalan no 2 : sesetengah hospital sahaja yang mempunyai pakar bius, jadi ibu -ibu boleh meminta epidural kepada doktor, tiada masalah.