Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Somaskandar Sivasuntharam, Pakar Obstretik dan Ginekologi (O&G) , Gleaneagles Hospital Penang.

Epidural ataupun tidak? Betul ke epidural membantu ibu untuk bersalin dengan mudah tanpa rasa sakit? Ibu masih lagi was-was untuk mengambil epidural? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami secara terus pada 24 Jun 2021, hari Khamis, jam 4 petang dengan topik yang sentiasa hangat di kalangan ibu iaitu pengurusan kesakitan sewaktu bersalin - Epidural atau tidak? *NOTA : Segala persoalan di luar daripada topik & masa yang dijadulkan akan dipadam atau tidak dijawab sama sekali.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Somaskandar Sivasuntharam, Pakar Obstretik  dan Ginekologi (O&G) , Gleaneagles Hospital Penang.
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai doc.. anak ke 2 dan 3 saya bersalin czer,selepas suntik epidural badan saya akan jadi kejang dari pinggang ke atas...jantung mengempam darah laju... dalam sebulan mesti kena 2@3 kali.adakan disebab kan oleh suntikan epidural saya jadi begini?

4y ago

Salam sejahtera Puan Hasniza, keadaan ini adalah disebabkan spinal anaesthesia, sebenarnya ubat sepatutnya mengalir ke bahagian bawah badan tetapi dalam hal ini ubat telah mengalir ke arah bahagian atas badan puan, mungkin disebabkan position badan ketika operation.