IC/carseat/babycot
Due saya end of this december insya allah. Saya first mom, so saya nak tanya 1. Selalunya masa keluar hospital dengan baby, mommy/daddy bawak baby dari hosp ke kereta guna apa? Dukung je atau letak dalam infant carrier atau apa? Too early to use baby carrier yg gantung kt bahu tu kan?😅 2. Saya tahu ada group support fb untuk car seat. Cuma nak confirmkan dulu tips dari semua. Sebab saya takut tak berbaloi beli IC dgn limited budget skrg ni. 3. Berbaloi x beli portable baby cot? Memang ramai kata berbaloi tapi ada jugak yang kata baby outgrown the cot so end up lepas dah reti jalan diorang tak guna tu pun. Saya memang plan xnak tidur sekatil dgn baby sbb takut tertindih. Nak letak tepi je. Ke better beli wooden cot?
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
ni personal opinion berdasarkan pengalaman anak sorang je tau. sorry tunjuk barang utk senang faham. 1. keluar hospital riba je ke kereta sbb sy duduk dgn baby atas wheelchair. boleh je jalan tp sbb nurse lelaki lalu tepi sy "ehh kenapa jalan nii" haha everyday pergi kk check kuning anak, pakai baby carrier yg gantung kat bahu. Ni, https://s.shopee.com.my/6Km7aLlUlF tu utk masa jalan je sbb suami gi parking, senang tangan free. nk pegang hulur buku pink buku biru lagi.. if tak guna boleh lipat kecik masuk beg. 2. car seat pakai dr keluar hospital. heavy usage jgk kami selalu dlm kereta, jalan dekat pn anak dlm car seat. jauh lagilah dlm carseat kan. now anak 2y3m masih guna carseat yg sama masih elok tk menipis luntur warna ke apa, walaupun sepanjang umur anak tu mmg hampir setiap hari guna duduk berjam2. Yg ni https://s.shopee.com.my/20d8Qc0jkG 3. portable baby cot, bg sy tak kot utk harian, kalau sekadar pakai kejap tu ok la maksudnya bkn kat rumah kita la pakai tu. if kat rumah better wooden cot. wooden lg lasak anak besar lompat2 pun kukuh lg.. sy pakai dulu anak dr lahir sampai 7m tidur dlm cot. 7m anak blh berdiri jd dah tak guna cot utk tidur sbb asyik terhantuk la apa la, sy letak kat tilam atas lantai je. btw anak tidur bilik sorang. now cot tu convert jd tempat duduk dia kat living hall rumah. nanti anak besar convert jd meja plk. Sy beli https://s.shopee.com.my/3VRwDu85t0 yg double layer, boleh adjust ketinggian jgk, anak berdiri dlm cot pun takpe selamat lg. Masa baby bawah tu letak barang, blh dekatkan tepi katil kita je cot ni kita tak pyh bangun2 pun & anak ada ruang sdri. Dah besar boleh laraskan ketinggian so tkde dh la ruang simpan brg tu.
Baca lagiDue date kita sama. 😊 Skrg saya preggy anak no 3. 1. Waktu anak1 & anak2, saya bersalin di gov hosp. Beg pakaian baby n ibu, hanya 2 sahaja. Jadi beg mmg husben galas, sambil tolak saya n baby atas wheelchair. Tunggu kat lobi sampai suami dtg parking kereta dpn lobi. 2. Saya x pernah beli IC/carseat. Cuma nya skrg, saya juga tgh survey carseat yg ketiga ni, demi keselamatan. Cuma cari betul2 yg berkualiti n boleh pakai lama dalam tempoh sebelum expired. Kalau ikut kan mmg banyak je kedai bundle yg jual murah2, tapi keselamatan barang tak berapa cukup terjamin. Sbb setahu saya, carseat ada limit tempoh expired n akan rosak jika pernah ada dlm kemalangan/bencana. Jadi kalau nak spend utk carseat, better Beli yg Baru Terus supaya boleh pakai lama. 3. Baby cot - anak sesebelum ni, mmg saya x pernah beli. Tapi utk kali ni, saya spend beli yg preloved utk katil baby yg kayu. Walaupon preloved, bagi saya berbaloi sbb nak berpantang sendiri. Katil kayu boleh pakai lama sikit, sampai berat 10kg ke atas kan. 4. Macam IC, saya lebih memilih beli stroller baby. Yg ni pon saya beli yg preloved😅 macam ni lah kan, selagi boleh jimat, kita jimat. Semoga urusan bersalin Puan selamat n baby sihat nanti.
Baca lagi1. mak naik wheelchair dukung baby, ayah tolak sampai ke kereta. bukan dekat parking. nanti awak duduk dulu kat lobi dgn baby sementara suami gi amik kereta then park dekat lobi tempat pickup/drop off tu. 2. better beli car seat yg boleh guna sampai besar terus. saya guna IC, memang agak berguna lah kalau baby tidur kita angkut je sekali masuk rumah. tapi saya guna pun sebab ada orang bagi. kalau tak memang fikir nak beli car seat terus. 3. kalau rumah besar and nak bawa ke sana ke sini atau kerap balik kampung ke etc nak bawa berbaloi je. saya ada satu, letak di rumah mak tapi letak di ruang makan. anak saya cosleep, cuma baby cot tu guna untuk baby tidur waktu saya di dapur, sebab kalau di bilik jauh sangat tak dengar dia nangis. kalau risau baby outgrown tu, ya memang akan outgrown lah. sebab dia tak tinggi mana, and dia tak sekukuh wooden cot. jadi kalau baby dah pandai berdiri, meniti, risau jatuh atau cot tu boleh terbalik. maybe paling2 boleh guna sampai baby 6-7 m kut. kalau takat nak letak tepi katil, better beli cor biasa atau yg boleh attach dengan katil tu.
Baca lagi1. Baby ringan lagi, dukung je. Saya tiada masalah nak berjalan dan dukung bayi. 2. IC tu apa. Oh dah baca comment. Tak berbaloi bagi saya infant carrier. Ada je yg suruh guna / beli untuk saya senang makan tanpa pangku anak. Kami beli car seat terus yg boleh guna lama. Anak masih guna car seat hingga sekarang. Ada masa nak duduk dgn saya jika suami memandu. . Ada masa nak duduk sebelah saya jika saya memandu. Ada masa dia sendiri nak duduk kat car seat. 3. Saya beli solid wooden cot. Pelbagai fungsi bila anak tak guna lagi cot. Anak bila dah tidur pusing 360°, dia cepat terjaga, lagi pula anak saya full direct breastfeeding, saya czer pula, jadi nak banyak gerak tengah malam dgn saya dan anak tertidur bila menyusu, so cot tak digunakan lagi untuk tidur anak setelah anak dah mula panjat cot. So, cot jadi sofa bed, tempat dia panjat2 (kami buka pintu cot) dan juga tempat letak beg 😂 mcm kat hotel tu. Senang nak capai, packing. Hahaha. Sebab kami setiap 2 minggu, balik kg. Anak dh belajar nanti nak modified jadi study table. Insya Allah. 😁 2.
Baca lagi1) klu sy, sy mmg xleh dukung sendiri sbb nk jln ke kereta je masa tu pn sy rsa pnt sgt lg. Klu mmg husbnd & wife je, minta husbnd simpan smua brg dlm kreta dlu bru dtg smula tlg dukung baby smpai kreta, dlm kreta ibu blh dukung mula. Cara lain guna carrier tp klu beli carrier slalunya pkai 1-2kali je, ikutla klu mampu blh beli atau klu ada family lain boleh mnta tlg. 2) sy x sure soalan apa yg dlm ayat ni tp klu budget xde lg blh beli kmudian cuma mmg kna save sedia sbb klu emergency mmg sis kna drive sorang, perlu juga carseat. & lg pn ikut undang2 mmg kna dduk dlm carseatla cuma awal2 klu blm mampu xpe. Klu sy suka yg boleh pusing sng letak, lembut & boleh pkai lama. 3) ikut ibu juga. Mmg nti baby outgrown the cot tp kna fikir yg mmg sis akn pkai ke x. Sy ada beli baby cot pkai sebulan je tp sy x rsa bazir pn sbb dlm sebulan tu mmg dperlukn. Atas masing2, jgn smakn dgn org ye.
Baca lagiSetuju..cara lain org bgtau boleh pkai wheelchair tp msa sy tu lama sgt tunggu wlaupun balik2 tnya..last2 minta tlg mkck dukung baby haha nasib msa tu mkck mmg mau dtg lawat tp sekali discharge suda..
1. Wheelchair while pangku baby & husband tolak 2. I ada both ic & carseat. Ic tu beli 1 set dgn stroller cos husband teracun actually dia nk beli stroller je tp kena pujuk dgn promoter. carseat pulak beli sebab time tu ada program mycrs yg gov tanggung sikit tak ingat berapa tp saya terus beli yg NB to 36kg. Kalau ikutkan beli carseat terus je pun boleh tak perlu ic, now ic tu park dlm kereta husband & mine guna carseat. Tp ok la juga sbb kami sama2 kerja sometimes gilir2 ambil anak kt taska cuma anak dah nk setahun skrg mcm tak muat sgt dah ic tu 🤣 3. I beli juga baby coat yg boleh combine dgn katil & mobile boleh tolak2 tp guna sampai anak 4m je then cosleep sbb anak fully bf. Coat tu jadi tempat letak barang2 anak mcm tilam bantal & mcm2 lagi.
Baca lagi1. Saya dulu lepas bersalin, saya duduk kat wheelchair. Baby dlm baby cot hospital. Tggu husband pickup kat lobi hospital dgn kereta. Hospital suruh guna je wheelchair dan baby cot utk kemudahan ibu bersalin. 2. Saya beli carseat dari newborn to 5 years + gitu. Mudah sikit lagi satu boleh pakai lama. Cari yg extra padding utk baby, dah besar boleh ejas padding tu. 3. Anak saya takde guna baby cot. Mmg tidur sekali dgn saya sbb fully breastfeeding sehingga umur 1 tahun lebih ni. Baby cot ni ikut atas org jugak rasa nak pakai beli, rasa tak perlu tak perlu beli. Anak mmg tidur dgn saya sekali. Ayah nya tidur tilam lain. Beralah sekejap utk tempoh menyusu ni. Nanti anak dah masuk 2 tahun, boleh slow2 training tidur tilam single.
Baca lagi1) Infant carrier sebab beli yang attached sekali dengan stroller. 2) Instead of infant carrier, awak beli car seat yang boleh guna untuk NB to certain age/kg. Lagi mudah. Car seat jenis ni ada extra padding yang detachable . Bila baby dah besar sikit macam 8 bulan ke atas (ikut kesesuaian) boleh remove extra padding tu. 3) Yang ni ikut lifestyle dan keperluan awak. Saya takde pengalaman beli baby cot sebab anak tidur sekatil. Sekarang anak dah 2yrs++ plan untuk beli single bed for kid. Dalam process setup bilik anak. Hehe
Baca lagiBeli je carseat yg boleh gune nb ke besar tu. Jimat. Sy lepas kuar hsptl sy riba je sampai rumah sbb dekat je. Baby cot pulak bergantung awak. Sy dulu ingt ke mmbzir beli. Tp bile fikir nk tido x muat dgn suami. Sy beli je baby cot. Bby tido dlm tu. Sy dgn suami tido atas ktil. Nnt bile dh x gune preloved kan je.
Baca lagiamik wheelchair. sis duduk pegang bby. barang² laki sis pegang. tolak lah sampai depan lobi tu. tunggu je laki sis amik kereta. xde sape nak marah pun sis. minta la suami ajak mak ke kakak ke adik ke mertua ke. nnti boleh minta dy org pegang kn bby. so dlm kereta sis boleh relax.