IC/carseat/babycot

Due saya end of this december insya allah. Saya first mom, so saya nak tanya 1. Selalunya masa keluar hospital dengan baby, mommy/daddy bawak baby dari hosp ke kereta guna apa? Dukung je atau letak dalam infant carrier atau apa? Too early to use baby carrier yg gantung kt bahu tu kan?😅 2. Saya tahu ada group support fb untuk car seat. Cuma nak confirmkan dulu tips dari semua. Sebab saya takut tak berbaloi beli IC dgn limited budget skrg ni. 3. ⁠Berbaloi x beli portable baby cot? Memang ramai kata berbaloi tapi ada jugak yang kata baby outgrown the cot so end up lepas dah reti jalan diorang tak guna tu pun. Saya memang plan xnak tidur sekatil dgn baby sbb takut tertindih. Nak letak tepi je. Ke better beli wooden cot?

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Due date kita sama. 😊 Skrg saya preggy anak no 3. 1. Waktu anak1 & anak2, saya bersalin di gov hosp. Beg pakaian baby n ibu, hanya 2 sahaja. Jadi beg mmg husben galas, sambil tolak saya n baby atas wheelchair. Tunggu kat lobi sampai suami dtg parking kereta dpn lobi. 2. Saya x pernah beli IC/carseat. Cuma nya skrg, saya juga tgh survey carseat yg ketiga ni, demi keselamatan. Cuma cari betul2 yg berkualiti n boleh pakai lama dalam tempoh sebelum expired. Kalau ikut kan mmg banyak je kedai bundle yg jual murah2, tapi keselamatan barang tak berapa cukup terjamin. Sbb setahu saya, carseat ada limit tempoh expired n akan rosak jika pernah ada dlm kemalangan/bencana. Jadi kalau nak spend utk carseat, better Beli yg Baru Terus supaya boleh pakai lama. 3. Baby cot - anak sesebelum ni, mmg saya x pernah beli. Tapi utk kali ni, saya spend beli yg preloved utk katil baby yg kayu. Walaupon preloved, bagi saya berbaloi sbb nak berpantang sendiri. Katil kayu boleh pakai lama sikit, sampai berat 10kg ke atas kan. 4. Macam IC, saya lebih memilih beli stroller baby. Yg ni pon saya beli yg preloved😅 macam ni lah kan, selagi boleh jimat, kita jimat. Semoga urusan bersalin Puan selamat n baby sihat nanti.

Baca lagi