6 Balas
saya pun due bulan 7 tapi sebab GDM nurse bagitau kena serah diri awal 38 week nanti. barang baby & berpantang tengah beli lagi sikit sikit & packing 😁. sama la risau meletup awal tapi sebelum ni taktau nak beli apa sebab anak 1st. last minute ni baru beli & terus packing yang mana ada. tinggal sikit ja lagi belum masukkan. bab selera makan saya sentiasa lapar pula. makan macam tak kenyang tapi nak makan banyak takut nanti gula naik pula.
Due kita nak dkt , sy 31/7.. Tp selera makan tinggi, lepas 2 jam je lapar walaupun dh makan nasik nak mengunyah je kerja. Pastu nak manis2, kalau awal dulu nak masam2 je. Baby pun dah 2kg nak masuk 33 weeks. Yang penting barang2 basic je dulu dan barang hospital. Skrg tgh beli barang2 pantang je belum setel lg part tu. Confinement lady dh ambik utk 30 hari, sy pantang sorg2 jd perlukan org tolong urut dan masak.
Due kite beza sehari jee . Sy 30/7 🤣 barang baby alhamdulillah dah settle tgah 7 bulan . Excited baby first , checklist hosp pun dah settle . Semalam beg hosp untuk ibu n anak dah letak siap2 dalam kerete . Risau anytime boleh beranak . Moga dipermudahkan segala urusan para ibu nak bersalin nanti . Amin 🤲🏻
Hahahah . Jangan begitu sis . Takut tetibe nak beranak tak kalut cari barang . Pesan kat husb prepare brg dy jugak nak kene tidur luar wad standby 🤣 maklum laa skrg hosp bukan boleh teman lagi 😩
takpe saya 32w baru start beli brg baby padahal anak first 😂 sempat je. beli yg basic dulu utk barangan kat rumah masa pantang. stroller ke apa semua tu nnt boleh cari. jd cepat kenyang tu sbb rahim dah menekan perut. nnt dah masuk 35-36 kalau baby dah masuk laluan, akan jd ok sikit sbb ruang kat perut dah menurun
Saya due 27/7 ... ad tak yang makan lpas tu rasa macm nk muntah .... mcm makanan tu dkt dada je
Iye betul tu... walaupun da berjam jam makan
Untuk rujukan
orange sunquick