Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc. 1. Adakah benar kalau ibu menyusu badan tidak ada apa-apa kesan sampingan terhadap ibu dan baby? 2. Seandainya ibu telah ambik booster dos, adakah baby yang menyusu badan akan dapat jugak manfaat booster dos tersebut? 3. Bolehkah ibu menyusu badan menolak booster dos dengan alasan baby menyusu badan & menunggu sehingga baby besar sedikit baru ambik booster dos? Terima kasih doc.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. Kesan sampingan pada ibu biasanya sama seperti kesan selepas dose kedua. Tiada kesan negatif pada bayi. 2. Ya. Kajian mendapati terdapat antibodi dari susu ibu dan juga dalam darah bayi yang baru lahir kepada ibu yang telah menerima vaksin. Ini bermaksud, antibodi diterima oleh bayi melalui ibu dan ia menbawa manfaat kepada bayi. 3. Penerimaam vaksin adalah atas kehendak Puan sendiri. Amat digalakkan untuk menerima dose pengalak sewaktu mengandung dan menyusu lebih2 lagi dengan adanya starin baru Omicron. 1.