Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doc Booster wajib ke utk ibu mengandung..kalau tangguh dlu sampai lepas bersalin xpekan...stress fikir sbb doc kk siap ugut..kalau x amik xnak bertanggungjwb kalau jd ape2

4y ago

Hi Pn. Amat digalakkan Pn ambil dos Booster sewaktu mengandung, terutama kalau jauh lagi due date. Protection dari 2 dose didapati akan berkurangan selepas satu jangkamasa dan oleh sebab itu, dos pengalak diperlukan demi keselamatan ibu dan anak. Dr hanya boleh syorkan dan menggalak Pn mengambil Booster atas sebab keselamatan, tidak boleh ugut.