Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pregnant 9 bulan skrg tgh tunggu untuk melahirkan.. Due 3/2 ni.. Dpt vaksin booster 27/1 ni.. Saya takut nak ambil.. Takut effect baby.. Husband suruh tangguh dulu.. Kalau sy ambil ada effect apa2 ke?? Risau...

4y ago

Hi Pn. Disyorkan Pn mengambil dose booster Pfizer jika sihat. Kajian tidak menunjukkan kesan negatif pada bayi buat masa ini. Keselamatan ibu adalah diutamakan. Kajian menunjukkan antibodi ibu dijumpai di dalam darah bayi baru lahir dan ini menbawa manfaat kepada bayi