Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

selamat petang Dr sai,saya ibu menyusu kepada bayi 3 bulan.bolehkah saya mengambil dos penggalak?ada kesan kepada bayi saya tak?saya sudah dapat temujanji tapi masih was-was mahu pergi atau tidak sebab banyak dengar kesan buruk dari baik...mohon nasihat dari Dr...tq

4y ago

Hi Pn. Dose booster adalah digalakkan - Pfizer. Kesan sampingan adalah sama seperti dose kedua. Tiada kajian mengenai kesan kepada bayi. Tetapi didapati, susu ibu mengandungi antibodi yang diterima oleh bayi dan ini menbawa manfaat kepada bayi dari segi protection. Kajian lanjut akan mengambil masa.