Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr... 1. Wajibkah ibu hamil menerima booster vaccine?? 2. Saya sedang hamil 27minggu sekarang ni...appointment booster petang ni (22/01/2022)...saya menerima dose 1 & dose 2 Pfizer..dose booster ni maybe Pfizer jugak kot... Patutkah saya ambil booster?? 3. Apakah kesan vaccine booster ni terhadap ibu hamil?? Thank you Dr 😊

Baca lagi
4y ago

Hi Pn. 1. Wanita hamil sangat digalakkan untuk mengambil dose penggalak kerana kadar effectif vaccine adalah pendek dan wanita hamil berisiko tinggi mengalami jangkitan covid yang teruk. 2. Saya harap Pn telah mengambil dose bosster 3 hari lepas 3. Kesan sampingan adalah sama seperti dose kedua.