Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang

Dos penggalak Vaksin COVID-19 kini menjadi topik berbualan rakyat sekali lagi. Ada yang bertanya, perlukah kita mengambilnya? Adakah ia akan memberi kesan sampingan seperti yang terdahulu? Apakah info atau maklumat yang harus kita ketahui? Adakah dos penggalak ini akan memberi kesan sampingan kepada ibu yang menyusu ataupun yang mengandung? Jom tanya pakar berkenaan dos penggalak Vaksin COVID-19, bagaimana ianya memberi kesan kepada anda dan keluarga anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Pantai Hospital Ampang pada 25 Januari, Selasa. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pantai Hospital Ampang
26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, Dr Sai.. 1 - Bolehkah Ibu yg baru hamil dalam 10 minggu menerima dos penggalak? 2 - Berapa usia kandungan yg sesuai menerima dos penggalak? 3 - Apakah kesan terhadap Ibu hamil?Saya dengar,ada Ibu yg keguguran selepas mengambil dos penggalak.. 4 - Saya penerima vaksin sinovac untuk dos 1 & 2..Bolehkah saya menerima vaksin jenis lain?Apakah jenis vaksin yg sesuai jika saya mengandung? Terima Kasih Dr Sai 😊

Baca lagi
4y ago

ok tq for the info,Dr Sai😊